Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL akan mudahkan jemaah kerja umrah di Arab Saudi

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



EJEN penyedia pakej umrah dan haji (GSA) berkata skim laluan perjalanan bagi orang yang sudah divaksin (VTL) antara Singapura dengan Arab Saudi yang dijangka bermula 6 Disember ini akan memudahkan para jemaah serta membina keyakinan terhadap perjalanan umrah semasa pandemik ini.



Ini kerana mereka tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari yang dikenakan ketika ini.



Singapura akan melancarkan VTL bersama Arab Saudi, Qatar dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 6 Disember ini seperti diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dalam sidang akhbar semalam.



VTL itu bertepatan masanya sedang GSA menerima banyak tempahan bagi pakej umrah bulan depan.



Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia berkata pihaknya yang mempunyai lima rombongan jemaah Disember ini, mengalu-alukan VTL itu.



"Kami bersyukur dengan rancangan ini dan selepas kami lihat jemaah yang baru pulang, mereka juga sihat dan selamat, semuanya diuji negatif, dan sekarang sedang menjalani SHN.



"Mereka juga dapat melakukan umrah dengan mudah, lebih mudah daripada kami jangkakan dan kami sambut baik langkah ini kerana ia memberi keyakinan kepada jemaah kita," katanya lagi.



Rombongan pertama jemaah umrahnya seramai 40 orang baru pulang ke Singapura Ahad lalu.



Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad pula berkata, VTL itu memberi sinar harapan untuk GSA setempat dan juga bagi jemaah Singapura yang ingin menunaikan ibadah umrah pada musim cuti sekolah yang akan bermula dalam beberapa hari lagi.



Pihaknya telah menawarkan enam pakej umrah November dan Disember ini yang mana setiap penerbangan telah menerima sekitar 15 hingga 20 jemaah.



"Ini adalah berita baik, dan jemaah Singapura harus ambil peluang ini. Dengan VTL ini, jemaah lebih yakin dan akan rasa selamat serta tidak perlu khuatir dalam menjalani SHN selama tujuh hari," kata Ustazah Juyda.



Namun, ada GSA yang meluahkan keprihatinan mengenai skim VTL ini kerana pilihan syarikat penerbangan masih agak terhad di bawah skim tersebut.



Ini kerana salah satu syarat pengembara yang tiba di Singapura ialah mereka perlu menaiki pesawat penerbangan khusus VTL.



Difahamkan, sehingga kini hanya Scoot sahaja menawarkan penerbangan langsung antara Singapura dengan Arab Saudi.



Pengarah Urusan Thoha Travels & Tours, Ustaz Muhd Nazer Thoha berkata: "Kami sambut baik langkah ini tapi dengan adanya VTL, kami juga berharap lebih banyak syarikat penerbangan dapat disertakan dalam VTL."



"Syarat VTL sekarang adalah bagi jemaah yang pulang ke Singapura, mereka perlu memenuhi syarat VTL dengan menaiki pesawat penerbangan khusus VTL dari Saudi ke Singapura. Sehingga kini kita tahu cuma Scoot sahaja tawarkan pesawat langsung antara Arab Saudi dengan Singapura," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >