Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Wadah media dalam talian Muis capai jangkauan besar: Masagos

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



SALURAN YouTube kandungan agama SalamSG TV dan wadah media dalam talian sehenti bagi kandungan agama MuslimSG, yang kedua-duanya dibangunkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), telah mencapai jangkauan dan pendekatan yang cukup besar, termasuk kepada golongan belia.



Memberi butiran terperinci, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata di Parlimen pada Selasa bahawa 63.2 peratus pengguna Facebook bagi SalamSG TV pada 2022 berusia antara 13 tahun dengan 44 tahun, dan bagi MuslimSG, perangkaannya ialah 70.9 peratus.



Encik Masagos berkata:



"Muis memanfaatkan SalamSG TV dan MuslimSG, serta bekerjasama dengan pempengaruh utama untuk mempromosikan Islam aliran utama, yang berdasarkan konteks. Ini termasuk menyebarkan naratif yang sesuai dengan konteks, tepat dari segi agama dan positif, yang menyuntik ketahanan dalam belia Muslim di Singapura daripada kandungan keagamaan yang tidak sesuai, memecahbelahkan dan bersifat eksklusif."



Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Shahira Abdullah, tentang bagaimana Muis menggunakan wadah digital untuk mencegah belia daripada menjadi radikal dalam talian dan tahap jangkauan wadah-wadah tersebut kepada anggota awam dan belia.



Dr Shahira turut mengutarakan soalan susulan mengenai perangkaan lebih khusus memandangkan data kini menunjukkan perangkaan besar yang melebihi usia golongan belia.



Encik Masagos berkata mereka tidak mempunyai data mikro dan akan terus menumpukan terhadap jangkauan yang lebih luas buat masa ini yang secara amnya baik-baik sahaja.



Ini melainkan terdapat keperluan mustahak untuk mereka membelanja lebih banyak supaya dapat mendapat butiran lebih terperinci, kata Encik Masagos.



Menyentuh tentang portal perbualan mysafespace.sg yang menghubungkan asatizah kepada mereka yang ingin mendapatkan bimbingan mengenai hal agama tanpa mendedahkan nama, Encik Masagos berkata ia merupakan usaha yang berasal dari masyarakat, namun kebanyakan asatizah ialah dari Rangkaian Belia Asatizah (AYN), yang dibentuk Muis bagi mendekati belia dalam masyarakat menerusi media sosial.



Muis menyokong AYN dengan membiayai latihan dalam bidang seperti membangunkan naratif positif, melakarkan kandungan digital, serta kemahiran kaunseling khusus buat belia.



"Muis akan terus menyokong pembangunan asatizah kita, supaya mereka boleh memberikan bimbingan keagamaan kepada masyarakat termasuk mendekati menerusi cara berbeza dan inovatif seperti mysafespace.sg," katanya.



Beliau menambah bahawa melebihi wadah sedia ada ini, yang merupakan sumber yang baik, ibu bapa serta keluarga memainkan peranan penting untuk memupuk nilai betul dan pemahaman agama Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >