Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah Mesra belia dekati masyarakat

Oct 20, 2018 | 06:04 PM



SEKITAR 1,000 belia daripada pelbagai latar belakang berkumpul di Wisma Geylang Serai hari ini untuk memaparkan kemahiran dan bakat mereka dalam pesta belia pertama yang bertujuan menggalakkan belia Melayu/Islam bergiat dalam masyarakat.



Dianjurkan buat kali pertama oleh Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA), acara satu hari itu bertujuan menarik belia menerusi pelbagai program daripada persembahan seni dan hiburan, e-sukan, ceramah motivasi hingga acara amal.



Sebagai contoh, kumpulan sukarelawan Back2Basics mengumpulkan 80 kereta dan 50 sukarelawan belia untuk membungkus dan menghantar makanan bernilai $10,000 kepada 500 keluarga kurang bernasib baik.



Pesta yang menarik penyertaan belia itu turut diterajui sebuah jawatankuasa belia yang terdiri daripada daripada pelajar universiti, politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan wakil rangkaian akar umbi.



Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, yang juga tetamu terhormat di acara tersebut, Cik Rahayu Mahzam, berharap acara itu akhirnya akan menjalinkan hubungan antara belia dan menggalak mereka tampil menyumbang kepada masyarakat.



“Pesta ini satu wadah bagi bagi Mesra menjalin hubungan dengan belia, dan memikirkan idea yang baru dan menarik untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat,” ujar Cik Rahayu, yang juga anggota Majlis Penasihat Mesra.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >