Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau ancaman bom di Sekolah Menengah Evergreen palsu, ancaman sebegini harus diambil serius: MHA

Jul 21, 2022 | 10:47 PM



WALAUPUN ancaman bom yang dilaporkan di Sekolah Menengah Evergreen pada pagi Khamis (21 Julai) didapati palsu, ancaman keselamatan sebegini harus diambil secara serius, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



"Penting untuk mempunyai protokol keselamatan dan melaksanakan rancangan krisis secara tetap," katanya dalam hantaran Facebook pada petang Khamis.



Kakitangan sekolah di Woodlands itu melaporkan tentang ancaman bom itu kepada polis sekitar 7.40 pagi Khamis.



Namun, pihak polis mengesahkan ia palsu selepas menjalankan pemeriksaan terperinci di perkarangan sekolah itu.



Seorang remaja lelaki sedang membantu polis dalam siasatan.



MHA menasihati orang ramai agar kekal bertenang dan merujuk hanya pada sumber maklumat rasmi atau boleh dipercayai apabila memberi respons kepada krisis. Ini adalah bagi memastikan maklumat yang salah, yang boleh menyebabkan panik yang tidak perlu, tidak tersebar, katanya.



MHA berkata: "Sebagai sebahagian daripada gerakan SGSecure, pihak Home Team bekerjasama dengan rakan kerjasama masyarakat untuk mempertingkat keupayaan kesediaan melalui kecemasan, khususnya bagi serangan pengganas.



"Kita semua boleh mainkan peranan untuk bersedia bagi serangan ini sebagai sebuah masyarakat."



Menjawab pertanyaan media, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata pelajar dan kakitangan dilatih tentang apa yang boleh dilakukan dalam tempoh kecemasan keselamatan, sama ada di sekolah atau di luar premis sekolah.



"Kesemua sekolah mempunyai struktur kecemasan sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi respons pada kecemasan, untuk memulihkan dan mengembalikan situasi seperti biasa," katanya.



Sekolah juga mengendalikan latihan kecemasan dengan kerjasama polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sekurang-kurangnya dua kali setahun.



"Latihan ini disejajarkan dengan prinsip lari-sembunyi-beritahu, yang menangani situasi ancaman keselamatan," kata MOE.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >