Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS: Sumbangsih Ramadan

Walau lapar dahaga, tugas perlu dilaksana pastikan jarak selamat

sda
Apr 27, 2020 | 05:30 AM



Ramadan sudah menjelang dan meskipun disambut dalam keadaan yang berbeza kali ini, semangat Ramadan tetap dihidupkan oleh mereka yang dengan rela hati menyebarkan rahmah – dari kerja sukarelawan di bawah terik mentari hingga ke sumbangan amal yang mencetuskan keceriaan. NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) dan HAZIRAH NURFITRAH HANIFAR (hazirahh@sph.com.sg) memaparkan beberapa individu yang bersemangat mengharungi Ramadan sambil menyumbang kembali kepada masyarakat.



BELIAU menghabiskan masa lapang meronda bersama pasukannya di Jurong Springs untuk menggalakkan penduduk di kawasan itu agar mematuhi langkah jarak selamat.



Kini, bukan sahaja Encik Mohamad Umar Mohamad Mosuddiq, 40 tahun, perlu menahan penat dan keletihan tetapi juga lapar dan dahaga semasa menjalankan tugas sebagai seorang sukarelawan Duta Jarak Selamat (SDA) sambil berpuasa pada bulan Ramadan ini.



Kata pegawai kanan bahagian di syarikat Cycle & Carriage itu, dalam sehari beliau meronda, pengesan langkah yang dipakai beliau boleh mengesan sekurangnya 12,000 langkah.



Selain daripada itu, bukan selalunya mudah untuk beliau mendekati orang ramai dan menasihati mereka untuk mengikuti langkah jarak selamat, sehingga pernah dimarah dan ditengking hanya kerana beliau menjalankan tanggungjawab.



Menurut beliau, walaupun kebanyakan orang mendengar kata mereka dan terus mengikuti langkah jarak selamat apabila ditegur, ada juga yang akan menghentak kaki untuk menunjukkan mereka tidak puas hati dan menolak teguran beliau dan SDA lain.



"Ada sekali, seorang lelaki yang kita dekati di bawah blok memarahi saya. Beliau berkata beliau rasa bosan apabila duduk di rumah dan enggan menerima nasihat kami.



"Kami tetap sabar dan tenang sambil memberinya maklumat dan butiran tentang apa yang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa," kata Encik Umar.



Pada bulan Ramadan ini, Encik Mohamad Umar yang kadangkala mengambil giliran malam atau petang, perlu mengambil giliran pagi supaya dapat berbuka puasa dan meluangkan masa bersama isteri dan enam anak beliau, yang berusia tiga tahun hingga 14 tahun.



Ini meskipun giliran pagi terawal bermula pada 6 pagi, iaitu kurang sejam selepas waktu Imsak.



"Saya adalah seorang suami dan seorang ayah, dan saya mempunyai tanggungjawab kepada anak dan isteri, jadi penting bagi saya untuk pertimbangkan tanggungjawab ini," kata beliau.



Namun, beliau masih mengambil berat peranan beliau sebagai SDA.



"Sebagai seorang relawan, dan menjadi SDA, saya menganggap ia sebagai satu amanah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan melakukan yang terbaik untuk negara," kata beliau.



Encik Umar mengakui walaupun sedang berpuasa, beliau ingin menjalankan tugas yang dipikul dengan sebaik mungkin.



"Menjadi relawan pada bulan Ramadan ini memang mencabar. Sudah tentu saya akan menghadapi dugaan, tetapi dalam hati, saya sudah berniat untuk membantu masyarakat dan negara, dan saya tidak akan mengambil remeh amanah ini," kata beliau.



Encik Umar juga menggesa masyarakat Melayu/Islam agar bersikap positif pada waktu yang sukar seperti ini.



"Ramadan tahun ini berbeza daripada Ramadan tahun-tahun lepas. Akibat Covid-19, kami tidak dapat menyambut Ramadan di masjid seperti selalu, dan sudah tentu saya rasa ini satu kekurangan, tetapi ini semua untuk kebaikan semua orang.



"Namun itu, kita patut mengharungi setiap keadaan dan sentiasa melihat kepada apa yang positif. Insya-Allah, bersama, kita dapat menghentikan wabak ini."




PENGALAMAN ENCIK MOHAMAD UMAR



“Ramadan tahun ini berbeza daripada Ramadan tahun-tahun lepas. Akibat Covid-19, kami tidak dapat menyambut Ramadan di masjid seperti selalu, dan sudah tentu saya rasa ini satu kekurangan, tetapi ini semua untuk kebaikan semua orang. “Namun itu, kita patut mengharungi setiap keadaan dan sentiasa melihat kepada apa yang positif. Insya-Allah, bersama, kita dapat menghentikan wabak ini.”



“Ada sekali, seorang lelaki yang kita dekati di bawah blok memarahi saya. Beliau berkata beliau rasa bosan apabila duduk di rumah dan enggan menerima nasihat kami. “Kami tetap sabar dan tenang sambil memberinya maklumat dan butiran tentang apa yang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa.’’

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >