Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Wang dermasiswa LBKM banyak bantu pelajar possiswazah

Nov 20, 2023 | 06:54 PM



Kecenderungan dalam bidang yang diminati menjadi dorongan beberapa penerima dermasiswa Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Encik Muhammad Rizal Juhari, 35 tahun, minat dalam bidang keselamatan korporat dan prihatin terutama mengenai topik geopolitik – pengajian bagaimana geografi dan ekonomi mempunyai pengaruh terhadap politik dan hubungan antara dua negara.

Memahami bahawa pembelajaran itu sepanjang hayat, Encik Rizal cekalkan hati dan teruskan pembelajarannya dalam ijazah sarjana pada 2022 di Institut Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) sebagai pelajar sambilan.

“Daripada pengalaman pekerjaan saya selama ini, keselamatan korporat penting dan boleh menjejas kita semua. Pembelajaran dalam Pengajian Strategik dapat membina kemahiran dalam bidang ini dan saya harap pada masa depan, saya dapat bekerja dalam sektor umum dalam penggubalan dasar,” kongsi bapa dua anak itu yang kini bekerja sebagai penganalisis perisikan.

Sebelum kerjaya dalam keselamatan korporat, Encik Rizal bekerja sepenuh masa sebagai pegawai polis selama enam tahun hingga 2014. Beliau kemudian beralih ke sektor swasta untuk membina kemahirannya.

Bagi Cik Nursarah Suprat pula, 26 tahun, beliau cenderung dengan perjuangan dan juga kesan serta masalah wanita dalam masyarakat secara setempat dan juga global.

Beliau kini pelajar sepenuh masa mengambil ijazah sarjana Sains Sosial di Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sosiologi dan Antropologi.

“Saya lebih cenderung dalam isu-isu wanita, termasuk kesihatan dan juga dalam memahami masalah wanita dalam masyarakat hari ini. Saya ingin mempelajari lebih mendalam mengenai isu-isu ini dan bantu memberi pendekatan serta penyelesaian secara jangka panjang,” kongsi Cik Nursarah, anak bongsu tiga adik-beradik.

Kedua-dua Encik Rizal dan Cik Nursarah merupakan dua daripada 61 penerima di bawah pengajian possiswazah bagi Anugerah Dermasiswa LBKM pada Sabtu lalu di Politeknik Republic.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, hadir selaku tetamu terhormat.

Sebagai pelajar sambilan, Encik Rizal menerima $1,600 sementara Cik Nursarah, pelajar sepenuh masa, menerima $3,000.

Menurut LBKM, jumlah penerima yang mengikuti pengajian possiswazah meningkat 48 peratus tahun ini.

Tahun ini, LBKM mengagihkan dermasiswa berjumlah $1,179,110 kepada 526 pelajar daripada pelbagai bidang pengajian di peringkat sarjana muda dan possiswazah.

Presiden LBKM, Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata misi LBKM adalah untuk membantu para pelajar dari segi kewangan dalam merealisasikan potensi pendidikan mereka dan ini membolehkan kecemerlangan dalam masyarakat.

“Kami mahu berusaha ke arah memastikan bahawa tiada pelajar yang mengetepikan pendidikan kerana cabaran kewangan dan kita mahu melihat pelajar terbang tinggi supaya mereka dan keluarga serta masyarakat mendapat manfaat,” kata Dr Syed Harun.

Kedua-dua Encik Rizal and Cik Nursarah akur bahawa wang yang diterima banyak membantu dalam kos pembiayaan.

“Sedikit sebanyak wang ini boleh bantu meringankan yuran sekolah,” kata Encik Rizal yang pertama kali menerima bantuan LBKM.

Bagi Cik Nursarah pula, tahun ini merupakan tahun ketiga beliau menerima dermasiswa daripada LBKM.

“Wang ini membiayai peralatan peranti yang diperlukan sekolah dan juga elaun pengangkutan,” ujar Cik Nursarah yang kini dalam tahun kedua dalam pengajian peringkat sarjananya.

Mereka berharap dapat menyumbang semula kepada sektor awam dan juga masyarakat dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >