Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 31 tahun didakwa bunuh bapa di flat Rivervale Drive

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita berusia 31 tahun didakwa semalam kerana membunuh bapanya, Encik Tan Ah Bang, 67 tahun.



Tan Qiu Yan dituduh membunuh bapanya antara 8 malam Khamis dengan 5.25 pagi kelmarin di sebuah flat di tingkat 15 Blok 190A Rivervale Drive di Sengkang.



Tertuduh hadir di mahkamah melalui pautan video sekitar 10 pagi dengan memakai kemeja-T berwarna merah, mengenakan pelitup biru dan berkaca mata.



Dia menundukkan kepala semasa prosiding.



Polis meminta tertuduh direman selama seminggu di Divisyen Polis Central untuk siasatan.



Tan tidak diwakili peguam.



Dia akan kembali lagi ke mahkamah pada 11 November ini.



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebelum ini berkata mereka menerima panggilan bagi bantuan sekitar 5.30 pagi kelmarin.



"Sejurus tiba, pegawai mendapati seorang lelaki berusia 67 tahun terbaring kaku dengan beberapa kecederaan di dalam flat itu," kata polis dalam kenyataannya.



Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik SCDF.



Apabila akhbar The Straits Times tiba di lokasi kejadian sekitar 9 pagi kelmarin, lima kenderaan polis termasuk tiga kereta dan sebuah van forensik, dilihat berada di pekarangan blok itu.



Tiga pegawai polis kemudian dilihat menggeledah pelongsor sampah di kolong blok itu dengan bantuan tiga pekerja pembersihan.



Seorang penduduk berusia 60-an tahun pula berkata beliau sedang berjalan di situ apabila terlihat pegawai polis tiba sekitar 6.45 pagi kelmarin.



"Sudah tiga jam berlalu dan polis masih menggeledah pelongsor sampah itu," katanya.



Dua jiran bersebelahan mereka yang telah menetap di situ selama 23 tahun, Cik Lalitha Sivalingam dan Cik Vathembal Kandasamy, berkata isteri mangsa baru meninggal dunia disebabkan penyakit barah dua bulan lalu manakala mangsa pula mengalami strok sejak 10 tahun lalu.



"Mereka adalah jiran pendiam yang jarang dikunjungi ramai," kata Cik Lalitha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >