Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita didakwa miliki $290,000 hasil jenayah penipuan cinta Internet

Mar 01, 2022 | 04:17 PM



SEORANG wanita yang dituduh memiliki $290,000 berupa hasil jenayah didakwa di mahkamah pada Selasa (1 Mac).



Keterangan dakwaan menjelaskan Noorul Ayn Abdul Shukoor, 47 tahun, yang ketika itu pengarah Shaahi Restaurant, dalam tiga situasi pada Disember 2020 menerima wang yang disyaki merupakan hasil daripada perbuatan jenayah.



Dia gagal menjelaskan bagaimana dia menerima wang tersebut.



Polis memberitahu dalam kenyataannya pada Selasa bahawa mereka menerima laporan seorang mangsa penipuan cinta Internet pada Disember 2020.



Mangsa, seorang wanita 48 tahun, menjadi teman seorang lelaki dalam talian yang mendakwa mengirimnya bungkusan barangan.



Beliau kemudian menerima beberapa panggilan telefon yang memberitahunya bahawa bungkusan itu ditahan Kastam Singapura dengan beliau perlu membayar yuran tertentu untuk memperolehi barangan tersebut.



Mangsa kemudian memindahkan $16,000 kepada akaun bank korporat milik si tertuduh, seperti yang diarahkan.



Beliau kemudian membuat laporan polis di mana beliau diminta membuat lebih banyak bayaran beberapa hari selepas itu dan menyedari beliau sudah ditipu.



Polis berkata dalam siasatannya menunjukkan seorang lagi mangsa berusia 58 tahun telah memindahkan $274,000 kepada akaun bank yang sama selepas menjadi mangsa penipuan cinta itu.



Noorul kini diikat jamin $15,000 dan dijangka kembali ke mahkamah pada 22 Mac.



Mereka yang didapati bersalah memiliki atau menggunakan hartanah yang mungkin disyaki hasil perbuatan jenayah boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda $150,000 atau kededuanya sekali.



Kesalahan gagal mengekalkan rekod perakaunan di bawah Akta Syarikat membawa pada denda hingga $5,000 atau penjara hingga 12 bulan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >