Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dihukum penjara pukul bekas kekasih dengan bantuan bekas suami dan teman lelaki

Mar 24, 2017 | 03:21 PM



SEORANG wanita mendapatkan bantuan bekas suami dan teman lelakinya sekarang untuk menyerang bekas kekasihnya dalam pertikaian mengenai anak perempuannya.



Siti Norhaizah Abdullah, 31 tahun, mengaku bersalah pada Rabu (22 Mac) mencederakan Encik Muhammad Abdul Latip, dengan berulang kali menumbuk dan menendang mangsa, 31 tahun, di muka dan tubuhnya.



Dia dan bekas suaminya, Abdul Halil Osman, 31 tahun, dan teman lelakinya, Rahmat Jumari, 29 tahun, juga memukul mangsa beberapa kali dengan kerusi lipat.



Kesalahan itu berlaku di koridor sebuah blok HDB di Bukit Batok West Avenue 4 pada 27 Januar tahun lalu.



Rahmat, yang turut mengaku salah mencederakan Encik Muhammad, dihukum sembilan bulan penjara.



Siti dijatuhi hukuman penjara enam minggu. Kedua-dua mereka dibenarkan menangguhkan hukuman sehingga 21 April sehingga mereka boleh mengatur penjagaan lima anak Siti berumur antara tiga dan 11 tahun.



Abdul Halil sebelum ini dihukum penjara sembilan bulan kerana peranannya dalam serangan itu.



Timbalan Pendakwa Raya Yong Clement berkata kumpulan itu pergi ke rumah Encik Muhammad sekitar 6.30 pagi itu dengan niat membantu ibu lima anak itu mengambil kembali anak perempuannya yang tinggal bersama mangsa dan ibunya.



Siti mengetuk pintu dan meminta menemui anak perempuannya manakala dua lelaki itu tunggu di tangga.



Apabila Siti dan Encik Muhammad mula bertengkar, Abdul Halil masuk campur.



Tidak lama kemudian, Rahmat menumbuk Encik Muhammad di belakang lehernya beberapa kali.



Apabila Encik Muhammad pusing, Abdul Halil menggunakan kerusi memukulnya di bahagian belakang kepala tiga kali.



Encik Muhammad jatuh dan Rahmat menendang belakangnya. Rahmat dan Abdul Halil menumbuk dan menendangnya beberapa kali.



Timbalan Pendakwa Raya Yong berkata: "Walaupun mangsa cuba merangkak pergi, beliau tidak berjaya kerana (Siti) berdiri menyekat jalannya."



Akibatnya, Rahmat terus menghujani tumbukan pada muka mangsa.



Abdul Halil kemudian memberi kerusi kepada Siti yang menggunakannya memukul-mukul bahagian bawah badan mangsa. Dia juga menendang mangsa beberapa kali.



Rahmat kemudian menurunkan seluar Encik Muhammad dan Siti merakamkan gambar dengan telefon bimbit.



Encik Muhammad akhirnya berjaya bangun dan pulang. Beliau dirawat emat hari di hospital dan diberi cuti sakit hospital selama dua minggu.



Peguam bela Gino Hardial Singh dalam rayuannya berkata tujuan utama adalah mendapatkan anak Siti daripada mangsa. Beliau berkata ia satu pertikaian keluarga yang melarat menjadi serangan fizikal.



Mahkamah diberitahu bahawa Siti dan Rahmat tidak tinggal bersama-sama tetapi Rahmat berkata dia mahu mengahwininya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >