Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dijel 8 tahun kerana curi $1.53j wang majikan

Nov 01, 2016 | 02:33 PM



HAMPIR lima tahun, seorang pembantu akaun memalsukan 25 borang pemindahan dana untuk memindahkan $1.53 juta daripada akaun bank majikannya ke akaun bersama dia dan suaminya.



Kuah Bee Eng, 44 tahun, yang digajikan Kanetsu Singapore, dihukum penjara lapan tahun pada Selasa (1 Nov) selepas mengaku bersalah bagi sembilan daripada 25 tuduhan pemalsuan.



Sebagai pembantu akaun, tugasnya termasuk menerima dan membuat bayaran bagi pihak Kanetsu, dan menyimpan rekod perakaunannya. Kuah juga bertanggungjawab mengeluarkan borang pemindahan dana bagi kelulusan dua penandatangan sah daripada Kanetsu.



Antara 13 Dis 2006 dan 3 Oktober 2011, Kuah menipu untuk memindahkan wang daripada akaun Citibank Kanetsu ke akaun POSB-nya.



Dia memalsukan borang pemindahan dana dan menggunakan nama pelanggan sedia ada syarikat itu sebagai penerima bayaran. Borang-borang itu digunakannya untuk mendapatkan tandatangan penandatangan sah Kanetsu.



Dia kemudian memotong cebisan borang itu yang mempunyai tandatangan tersebut dan menampalnya pada borang pemindahan dana baru, yang menunjukkan nama suaminya sebagai benefisiari pemindahan dana itu.



Dia juga menetapkan akaun bank bersama dia dengan suaminya sebagai akaun bank benefisiari. Borang itu kemudian dihantar melalui faks ke Citibank untuk pemindahan dana itu diproses.



Akhir sekali, dia memindahkan wang itu ke akaunnya sendiri. Dengan memindahkan dahulu wang tersebut ke akaun bersama dia dengan suaminya, Kuah cuba mengelakkan namanya tertera sebagai benefisiari dalam rekod perakaunan syarikat itu.



Sembilan tuduhan yang diteruskan ke atas Kuah melibatkan AS$700,000 ($921,228). Dia mengaku melakukan kesalahan itu pada 11 Okt 2011, selepas juruaudit luar membongkar transaksi tidak dibenarkan pada Ogos.



Kuah mendakwa membelanjakan wang itu untuk berjudi. Dia memulangkan $10,283 kepada Kanetsu, yang telah berjaya menyamannya bagi baki wang tersebut pada Feb 2012.



Kuah berjaya memohon diisytihar muflis pada Ogos tahun itu. Sejak itu, ansuran bulanan $710 dimasukkan ke dalam estet muflisnya, mencapai $35,500.



Pembayaran dividen daripada estet muflisnya akan diagih kepada Kanetsu hanya selepas dia dilepaskan daripada kebankrapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >