Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Wanita dipenjara salah guna $550,000 semasa kerja di klinik

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH hampir $550,000 telah disalahgunakan seorang wanita semasa dia bekerja untuk syarikat yang mengendalikan klinik Pusat Intervensi & Vaskular di Pusat Pakar Novena.



Antara kesalahannya termasuk menyalahgunakan $155,000 menggunakan cek kosong yang sudah ditandatangani sebelum itu yang diamanahkan kepadanya bagi membayar vendor.



Fauziah Mat Perlam, 47 tahun, mengaku bersalah semalam terhadap dua tuduhan pecah amanah melibatkan $155,000 dan AS$158,682 ($216,300).



Dia dikenakan hukuman penjara tiga tahun empat bulan. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu melibatkan lebih $25,000.



Dua tuduhan lain berkaitan baki jumlah tersebut dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa Fauziah bertugas sebagai pengurus bagi The Vascular & Interventional Group apabila dia melakukan kesalahan-kesalahan itu. Dia bekerja di syarikat itu antara 23 Februari 2015 hingga 4 Disember 2020 apabila dia diberhentikan syarikat tersebut.



Timbalan Pendakwa Raya Melina Chew berkata Fauziah bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan, akaun dan hal pentadbiran klinik tersebut.



Ini termasuk menerima wang dari pesakit, membayar vendor dan memasukkan keuntungan tunai syarikat itu ke dalam bank setiap bulan.



Fauziah juga mempunyai akses sebagai pengurus terhadap sistem pengurusan pesakit yang dipanggil Plato yang antara lain menyimpan rekod pesakit.



Hak akses ini membolehkannya mencipta dan mengubah invois di Plato. Selain itu, dia juga diamanahkan memegang cek kosong yang dikeluarkan atas nama syarikat itu dan ditandatangani pengarah perubatan syarikat tersebut.



Pengarah perubatan itu merupakan individu yang diberi kuasa untuk menandatangani bayaran $50,000 ke bawah.



Cek yang sudah ditandatangani itu diberikan kepada Fauziah demi memastikan bayaran diberi kepada vendor dengan segera dan tidak terjejas apabila pengarah perubatan itu di luar negara.



Menurut DPP, dalam empat kejadian antara Februari dan Oktober 2019, beberapa pekerja klinik itu telah ke Myanmar untuk merawat pesakit.



Fauziah yang turut serta untuk membantu dalam hal pentadbiran telah menerima empat bayaran berjumlah AS$158,682 secara keseluruhan bagi rawatan di sana.



Dia sepatutnya memasukkan wang itu dalam bank akaun syarikat namun gagal berbuat demikian dan menyalahgunakan wang tersebut.



Menurut DPP, Fauziah akui dia telah menggunakan wang tersebut bagi perbelanjaan peribadi dan keluarga, termasuk berjudi dan membayar hutang.



Dia kini bebas dengan jaminan $15,000 dan telah diminta hadir di Mahkamah Negara pada 19 Mei untuk mula menjalani hukuman.



Bagi setiap tuduhan pecah amanah, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga 15 tahun atau didenda.



Untuk kesalahan menipu pula, Fauziah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >