Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dituduh tekan seterika panas pada lengan pembantu Indonesia

Apr 27, 2021 | 09:53 PM



SEORANG wanita 42 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (28 April) kerana kesalahan menyakiti bekas pembantu rumah Indonesianya.



Dia dituduh melekapkan seterika panas pada lengan kanan pembantu itu berulang kali di samping menumbuk mata wanita itu dengan buku limanya atau mengibasnya dengan penyangkut baju.



Penderaan itu dikatakan berlaku antara Februari dengan Oktober tahun lalu, kata polis dalam kenyataan pada Selasa (27 April).



Penderaan itu dilaporkan pada 30 Oktober tahun lalu, kata polis tanpa menjelaskan siapa yang membuat laporan tersebut.



Pembantu rumah itu telah kembali ke Indonesia tetapi datang semula ke Singapura bagi membantu polis dengan siasatan kes ini.



Wanita berkenaan akan berdepan dengan satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan yang parah, satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan cara berbahaya dan dua tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >