Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita pertama dilantik Presiden Kanan Mahkamah Syariah

Guy Ghazali mulakan tugas 1 Oktober; Ustaz Alfian kembali ke Muis, akan buru PhD di NUS
Jul 28, 2020 | 05:30 AM



PRESIDEN Kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Alfian Yasrif Kuchit, akan mengundurkan diri daripada jawatannya selepas 30 September ini, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam kenyataannya semalam.



Beliau akan digantikan pegawai khidmat perundangan di Perkhidmatan Perundangan Singapura, dan Hakim Daerah serta Penolong Pendaftar di Mahkamah Keadilan Keluarga, Cik Guy Ghazali.



Ini sekali gus menjadikan Cik Guy, 38 tahun, Presiden Kanan wanita yang pertama di Mahkamah Syariah.



Cik Guy akan meneliti tugas Ustaz Alfian selaku pengganti Presiden Kanan mulai 1 Ogos ini dan menggalas pelantikan sebagai Presiden Kanan mulai 1 Oktober.



Ustaz Alfian, 42 tahun, akan kembali bertugas di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) selepas tempoh peminjamannya (secondment) berakhir pada 1 Oktober ini.



Beliau dipinjamkan ke MCCY sejak 2009, dan kali pertama berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Syariah dari 2011 hingga 2014.



Menyusuli tugas dasar di MCCY, Ustaz Alfian menjadi Presiden Kanan ketiga Mahkamah Syariah pada 2017.



Beliau akan terus berkhidmat sebagai Presiden sambilan Mahkamah Syariah sementara melanjutkan pengajian di peringkat kedoktoran di Fakulti Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS).



Sementara itu, Cik Guy telah berkhidmat dalam Lembaga Rayuan yang mendengar rayuan terhadap keputusan dibuat Mahkamah Syariah atau Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).



Sebelum menyertai Mahkamah Keadilan Keluarga, beliau merupakan seorang peguam litigasi, yang berkhidmat terutamanya dalam bidang undang-undang keluarga, termasuk kes didengar di Mahkamah Syariah dan Lembaga Rayuan.



Semasa berkhidmat sebagai peguam, beliau juga anggota Jawatankuasa Amalan Undang-Undang Islam, Jawatankuasa Amalan Undang-Undang Keluarga dan Jawatankuasa Amalan Probet Persatuan Undang-Undang Singapura.



Cik Guy berkata beliau berasa bersyukur di atas pelantikan itu dan ia merupakan satu amanah yang besar, namun menambah bahawa tugas itu bukanlah usaha satu individu sahaja.



"Ini merupakan usaha kolektif seluruh kakitangan Mahkamah Syariah yang mempunyai kemahiran yang pelbagai. Dengan adanya penggemblengan kepelbagaian ini, diharapkan bahawa kita akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh," kata beliau.



Ustaz Alfian berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Cik Guy dan rasa yakin kemahiran, keupayaan dan rangkaian kenalannya boleh membantu mempermudahkan kerjasama lebih besar antara Mahkamah Syariah dengan agensi lain.



"Keluarga yang melalui perceraian berdepan dengan salah satu detik paling mencabar dalam kehidupan mereka. Oleh itu, presiden Mahkamah Syariah harus sedar akan kesan nyata daripada keputusan mereka terhadap kehidupan keluarga ini.



"Atas sebab ini, Mahkamah Syariah mesti terus terbuka kepada pemimpin seperti Cik Guy yang dapat memberikan perspektif dan pengalaman kehidupan baru terhadap pentadbiran undang-undang," kata beliau.



Mufti, Dr Nazirudin Nasir, pula melahirkan penghargaannya kepada Ustaz Alfian, sambil berkata beliau telah menerajui Mahkamah Syariah dengan cemerlang sebagai Presiden Kanan pertama yang terlatih dalam kedua-dua undang-undang Islam dan sivil.



"Sebagai pakar dalam amalan undang-undang keluarga Islam, Ustaz Alfian telah memajukan bidang ini dan berusaha mencapai keputusan yang adil dan saksama. Saya gembira mendapati bahawa beliau akan terus berkhidmat di Mahkamah Syariah sebagai Presiden sambilan dan juga menyumbang dalam mengembangkan kepakaran keagamaan di kalangan asatizah dalam amalan undang-undang keluarga Islam," kata beliau.



MCCY berkata adalah penting untuk memastikan asatizah yang terlatih dalam kedua-dua undang-undang syariah dan sivil menerajui Mahkamah Syariah kerana keperluan keluarga Islam berubah-ubah dan perceraian menjadi lebih rumit.



Justeru, demi memperkukuh Mahkamah Syariah, MCCY bekerjasama dengan Muis untuk membangunkan kepakaran sedemikian dalam kalangan asatizah hari ini dan masa depan yang boleh cemerlang dalam laluan kerjaya pembangunan keluarga Islam.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata sebagai Hakim Daerah di Mahkamah Keadilan Keluarga dan ahli Lembaga Rayuan bagi kes-kes di Mahkamah Syariah dan ROMM, Cik Guy sangat berpengalaman dalam kedua-dua bidang.



"Pelantikan beliau akan mengukuhkan keupayaan Mahkamah Syariah. Beliau juga akan menjadi mentor kepada asatizah yang sedang memburu ijazah dalam undang-undang sivil dan bakal menjadi hakim Mahkamah Syariah," kata beliau dalam satu catatan Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >