Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita S'pura, bayi 4 bulan maut dalam kemalangan di Hokkaido

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



SEORANG wanita warga Singapura berusia 41 tahun dan anak perempuannya berusia empat bulan maut dalam kemalangan di Hokkaido, Jepun, pagi semalam.



Akhbar bahasa Cina, Lianhe Zaobao, melaporkan bahawa kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori besar di bandar ski Kamifurano pada kira-kira 11.30 pagi.



Laporan berita di Jepun mengatakan bahawa suami wanita itu berusia 44 tahun dan anak sulung pasangan itu, berusia tiga tahun, turut cedera dalam kemalangan tersebut.



Polis di Hokkaido memberitahu Zaobao bahawa mereka berdua berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke hospital.



Laporan dari All-Nippon News Network berkata kereta itu sedang membelok dari jalan raya kecil ke jalan raya utama apabila ia berlanggar dengan lori yang sedang bergerak lurus.



Ia dipercayai empat sekeluarga itu sedang bercuti dan mereka menyewa kereta itu untuk bersiar-siar di Hokkaido.



Permukaan jalan raya dipenuhi salji ketika tragedi itu berlaku.



Tiada lampu isyarat di persimpangan jalan raya tersebut tetapi terdapat papan tanda berhenti di tempat kemalangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >