Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita S'pura hadapi barah di AS telah selamat pulang ke tanahair

Jun 01, 2020 | 02:15 PM



SEORANG wanita Singapura yang disahkan menghidap barah payudara Tahap 4 semasa di Amerika Syarikat telah selamat tiba di Singapura petang kelmarin (30 Mei).



Ini setelah orang ramai berjaya mengumpulkan sekitar $373,000 untuk membantu membiayai perjalanan pulang beliau menggunakan khidmat ambulans udara.



Penerbangan pulang ke Lapangan Terbang Seletar dengan ambulans udara adalah satu-satunya pilihan untuk Cik Lerine Liu kerana penerbangan komersial telah dibatalkan ekoran penularan koronavirus di seluruh dunia. 



Akhbar The Straits Times sebelum ini melaporkan bahawa kempen mengumpul derma untuk membiayai penerbangan Cik Liu telah mencapai sekitar $373,000 daripada 3,886 penderma - jauh melebihi matlamat asal $330,000.



Cik Liu, 42 tahun, ditemani oleh kakitangan perubatan dalam penerbangan yang dikendalikan oleh International SOS yang berlepas dari Newark, New Jersey, pada Jumaat lalu (29 Mei).



Penerbangan ditunda dari Khamis (28 Mei)  kerana keadaan Cik Liu harus stabil sebelum dia dapat menaiki pesawat.



Ia membuat beberapa berhenti mengisi minyak sebelum tiba di Singapura kelmarin sekitar 6.30 petang.



Cik Liu sekarang menjalani perintah kuarantin selama 14 hari sebagai sebahagian daripada langkah Covid-19 sebelum keluarganya dapat mengunjungi beliau.



Cik Liu telah dikejarkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena setibanya di Lapangan Terbang Seletar, di mana pakar onkologi yang didapatkan keluarganya ditempatkan di sana buat sementara waktu kerana langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19.



Cik Liew, 46 tahun, yang merupakan kakak Cik Liu berkata, bil hospital di Singapura dianggarkan sekitar $73,000.



Setelah membayar ambulans udara, yang berharga AS$231,000 (S$326,000), iklan dalam talian untuk mempromosikan kempen mengumpul derma dan bayaran kad, baki $39,900 yang dikumpulkan akan digunakan untuk membayar bil hospital.



Keluarganya akan menanggung kos perbelanjaan hospital yang lain, kata Cik Liew. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >