Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tipu pinjaman lebih $1j dipenjara lebih 4 tahun

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita dipenjara empat tahun dan tiga bulan semalam kerana menyertai satu penipuan melibatkan dia dan seorang rakannya yang disyaki menyamar sebagai pemilik hartanah untuk mendapatkan pinjaman lebih $1 juta.



Foo Wei Lee, seorang bekas akauntan, juga menyertai satu penipuan pinjaman korporat melibatkan firma kewangan ditipu memberi lebih $230,000 secara keseluruhan.



The Straits Times melaporkan warga Singapura berusia 48 tahun itu mengaku salah bulan lalu bagi sembilan tuduhan bagi kesalahan termasuk penipuan dan pemalsuan. Sebanyak 18 tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Rakan sejenayah Foo termasuk Khor Choon Kiat, 25 tahun, teman lelakinya ketika itu; ibunya Sim Seok Kuan, 54 tahun; dan rakannya Yeo Hwa Piao, 48 tahun. Kes mereka belum selesai.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Pei Wei berkata semasa perbicaraan awal pada Disember 2018, Khor dan Sim merancang mendapatkan wang cepat dengan membuat permohonan palsu kepada firma kewangan yang menawarkan pinjaman kepada syarikat kecil dan sederhana.



Pada July 2019, Khor membuat satu lagi rancangan permohonan penipuan bagi pinjaman $1.1 juta daripada Ethoz Capital, yang dijamin atas harta milik orang lain.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan siapa membuat laporan polis, tetapi Foo dan rakan-rakan subahatnya ditangkap pada 18 Oktober 2019, sebelum Ethoz Capital memindahkan wang tunai.



Tiada wang dipulang mereka, kecuali bagi satu pembayaran ansuran sebanyak $7,500 dalam penipuan pertama.



Bagi setiap tuduhan menipu, pesalah boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >