Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita tua mangsa kebakaran flat di Ang Mo Kio

Oct 30, 2019 | 04:54 PM



SATU kebakaran telah berlaku di Blok 446 Ang Mo Kio Avenue 10 pagi semalam (29 Oktober), di flat yang diduduki seorang wanita warga tua dalam lingkungan 70-an tahun.



Wanita tersebut dipercayai menghadapi demensia, namun tidak diketahui sama ada beliau tinggal bersendirian ataupun tidak.



Jirannya yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Benardine memberitahu akhbar The New Paper bahawa beliau melihat asap dari flat tersebut apabila beliau mahu ke kerja.



Cik Benardine, 43 tahun, kemudian menelefon polis. 



Beliau berkata beliau pernah menulis kepada pihak majlis bandaran untuk mendapatkan bantuan bagi jirannya itu, yang kadang kala boleh dilihat berulang-alik koridor rumah sambil bertelanjang. 



Jiran lain, Cik Sarah Ambika, juga mendapati barangan yang boleh menyebabkan kebakaran setiap kali beliau berlalu di hadapan flat itu.



Beliau, 70 tahun, mendedahkan: “Terdapat longgokan suratkhabar dalam flatnya… malah pernah sekali beliau menyalakan lilin di meter airnya.”

Cik Ambika juga pernah mengadu kepada majlis bandaran tentang kebimbangannya berkaitan kelakuan jirannya.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran yang melibatkan barangan di dapur berjaya dimatikan menggunakan dua jet air.



Selain itu, sekitar 40 penghuni blok tersebut terpaksa dipindahkan oleh SCDF dan Polis. 



Tiada kecederaan dilaporkan, namun punca kebakaran itu masih disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >