Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CABARAN, SEMANGAT WANITA DAKI KERJAYA

Wanita usah gentar ceburi bidang teknologi

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



TANPA latar belakang dalam bidang teknologi, malah menganggap dirinya sebagai seorang yang tidak mahir menggunakan teknologi, ia merupakan satu loncatan besar bagi Cik Faradilla Abdullah untuk bertukar kerjaya kepada sektor tersebut yang baru baginya.



Namun, wanita berusia 33 tahun itu membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.



Jenama teknologi Muslim global, Muslim Pro - aplikasi mudah alih bagi orang Islam yang menawarkan ciri-ciri masyarakat, gaya hidup dan keagamaan yang menyeluruh - yang dikendalikan beliau, kini mempunyai lebih 120 juta muat turun.



Ketika menyertai firma teknologi Bitsmedia - syarikat induk Muslim Pro - sebagai Pengarah Urusan pada Mac tahun lalu, Cik Fara tidak gentar menyahut cabaran dan tanpa segan silu, akan bertanya mereka di sekelilingnya sekiranya beliau tidak tahu atau memahami suatu perkara berkaitan dengan dunia teknologi.



Beliau yang juga pemaju dan penerbit Muslim Pro, terlibat dalam memantau pelbagai aspek jenama itu seperti komersial, pemasaran dan pembinaan masyarakat, di samping melakarkan jalan dalam ruang teknologi Islam dan menambah nilai kepada penggunanya.



Dengan suntikan ideanya memperkenalkan aspek dan ciri-ciri masyarakat serta gaya hidup kepada aplikasi itu yang sebelum ini sekadar alat bagi kegunaan agama, jumlah muat turun bagi aplikasi itu meningkat ke lebih 120 juta sejauh ini berbanding dengan 98.5 juta ketika beliau baru mula setahun lalu.



Menyatakan bahawa tempoh ini merupakan tahap di mana beliau "paling bermotivasi" sepanjang perjalanan kerjayanya, Cik Fara berkata kemampuan untuk memberi kesan ke atas berjuta orang Islam dan mendorong perubahan "amat memperkasakan".



"Salah satu motivasi terbesar saya di sini adalah hakikat bahawa setiap perkara yang kami lakukan, kami meninggalkan kesan ke atas masyarakat kita dan masyarakat global dan saya rasa lebih terhubung dengan masyarakat yang lebih besar menerusi kerja saya di Muslim Pro," katanya yang sebelum ini berkecimpung dalam sektor barangan pengguna pantas bergerak (FMCG).



Ketika ditanya sama ada sektor teknologi diwakili lebih ramai kaum Adam berbanding kaum Hawa, Cik Fara akui bahawa terdapat ketaksamaan yang lebih luas antara lelaki dengan wanita. Namun, lebih ramai wanita sedang memasuki dan memimpin sektor ini dan ia merupakan satu pencapaian, katanya.



Malah, menerusi pengalaman peribadinya, sudah terdapat keseimbangan yang baik dalam jumlah lelaki dan wanita di Muslim Pro.



Ketika ditanya sama ada beliau menggalakkan wanita untuk menyertai bidang teknologi, Cik Fara berkata ini bergantung kepada minat masing-masing kerana minat dapat mendorong individu untuk berjaya.



"Saya rasa masih terdapat sedikit stigma dalam kalangan wanita di mana mereka risau... bagaimana saya masuk industri ini? Adakah ia akan menjadi terlalu sukar bagi saya? Adakah saya akan dikelilingi orang lelaki? Namun sejujurnya saya rasa wanita patut menyahut rasa takut itu dan teruskan sahaja hasrat mereka, itulah moto saya dalam hidup. Kemudian keberanian itu akan menjadi satu pendorong bagaimana anda berjaya dalam apa jua yang anda pilih," katanya.



Walaupun ibu dua anak itu akui terdapat cabaran dalam mengimbangi komitmen kerjaya dan tanggungjawab keluarga, Cik Fara berkata beliau mempunyai sistem sokongan yang kukuh daripada suami dan keluarganya, yang menurutnya penting sekali.



"Saya selalu percaya bahawa di sebalik setiap wanita yang berjaya, terdapat sekumpulan besar wanita lain. Bagi saya, ia merupakan ibu saya, adik beradik saya, kawan baik saya, yang sentiasa menyokong. Jadi saya rasa jika anda mempunyai sokongan sebegitu, anda boleh melakukan apa sahaja," ujarnya positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >