Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga AS dalam kes bocor data HIV dijejak ada di Kentucky, AS

Brochez yang kini menganggur dan tiada tempat tinggal dakwa tidak bersalah
HIV
Feb 03, 2019 | 05:30 AM



WARGA Amerika Syarikat di tengah-tengah kes kebocoran data daftar HIV Singapura telah dikesan ke bandar Lexington di negeri Kentucky di selatan Amerika lapor The Straits Times (ST).



Bercakap dengan wartawan The Straits Times melalui telefon pada petang Khamis lalu (waktu Amerika Syarikat), Mikhy Farrera Brochez berkata dia kini menganggur dan tidak mempunyai kediaman.



Dia juga mendakwa dirinya tidak bersalah dan laporan baru-baru ini mengenai dirinya adalah "sangat jahat dan tidak tepat".



"Saya baru sahaja dipecat dari tugas saya, saya baru dipecat kerana semua siaran akhbar ini," katanya.



Dia menambah: "Saya hidup dalam kereta saya sekarang, jadi apabila anda lihat kereta saya, anda akan melihat semua barangan saya, saya tiada tempat tinggal dan saya juga tidak ada kerja."



The Straits Times menjejaki Brochez ke Lexington di Kentucky.



Tiada siapa yang menjawab pintu di alamat Lexington yang disenaraikan di dokumen mahkamah Kentucky.



Tetapi ST bercakap kepadanya dalam satu siri panggilan telefon ringkas yang dibuat dari Lapangan Terbang Blue Grass berhampiran Lexington.



Semasa dihubungi, Brochez pada satu ketika bersetuju untuk mengadakan pertemuan, dengan mengatakan dia akan pergi ke lapangan terbang dan memenemui wartawan ST dan menunjukkan bukti yang relevan kepada kes itu.



"Saya akan membawa anda ke perpustakaan untuk menyalin beberapa kertas untuk anda," katanya.



Tetapi dia kemudian membatalkannya, mendakwa seorang ejen Biro Siasatan Federal (FBI) menasihatinya supaya jangan bercakap.



Dia juga mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi "pegawai Singapura" untuk mendapatkan hartanya dan mencari pasangannya, doktor Singapura, Ler Teck Siang.



Isnin lalu, Brochez dan Ler telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai pelaku utama di sebalik kebocoran maklumat peribadi sebanyak 14,200 orang yang menghidap HIV.



Ler, 37 tahun, merupakan ketua Unit Kesihatan Awam Nasional dari Mac 2012 hingga Mei 2013, telah memuat turun maklumat sulit dari pendaftaran HIV yang akhirnya jatuh ke tangan Brochez.



MOH berkata pada Isnin lalu bahawa warga Amerika itu kemudiannya membocorkan maklumat dalam talian.



Ketika dihubungi Brochez tidak secara jelas menyangkal maklumat itu, namun dia berkata:



"Anda tahu tuduhan yang dibuat terhadap saya, yang saya telah membocorkan data ribuan orang?



"Adakah mana-mana pos dalam talian yang menunjukkan saya telah melakukannya?"



Brochez berpindah ke Singapura pada tahun 2008, selepas bertemu Ler dalam talian dan di Hongkong pada 2007.



Dia bekerja sebagai pensyarah menggunakan pas kerja, tetapi siasatan kemudiannya menunjukkan bahawa pelbagai sijil pendidikannya telah dipalsukan.



Pada 2008 dan sekali lagi pada 2013 - Brochez yang menghidap HIV telah menggunakan sampel darah Ler untuk mendapatkan keputusan ujian HIV, yang kemudian dia serahkan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan pas pekerjaan.



Pada Mac 2017, Brochez dipenjara selama 28 bulan kerana pelbagai kesalahan termasuk menipu, berbohong kepada pegawai awam, memiliki dadah dan menggunakan sijil pendidikan palsu.



Dia diarah pulang setelah hukuman penjara berakhir pada April 2018.



Ler pula didakwa pada 2016 di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana gagal mengambil perhatian berhati-hati terhadap maklumat sulit mengenai individu HIV-positif.



Ler didapati bersalah pada September tahun lalu kerana bersubahat dengan Brochez untuk menipu dan memberi maklumat palsu kepada polis dan MOH.



Tarikh kes OSA Ler belum ditetapkan, tetapi sejak itu muncul dia menghadapi tuduhan dadah yang berasingan yang akan didengar pada bulan Mei.



Tiada pertuduhan yang telah difailkan terhadap Brochez berhubung kebocoran data HIV setakat ini, namun polis Singapura telah mengatakan bahawa ia sedang mendapatkan bantuan rakan-rakan negara asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >