Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENULARAN COVID-19 DI SINGAPURA

Warga emas 60 tahun ke atas dan seisi rumah mereka digesa tidak keluar rumah hingga kes jangkitan lebih stabil

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



SEMUA warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, dan penduduk yang tinggal bersama mereka digesa supaya tidak keluar dari rumah sementara keadaan Covid-19 di sini menjadi semakin stabil, terutamanya bagi mereka yang belum lagi divaksin.



Peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini telah membabitkan lebih ramai warga emas yang mengalami simptom lebih teruk selepas dijangkiti, kata Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dalam satu kenyataan semalam.



"Warga emas bakal menghadapi risiko komplikasi kesihatan yang lebih serius jika mereka dijangkiti Covid-19 dan perlu mengambil langkah berwaspada tambahan untuk melindungi diri mereka," kata agensi itu.



Untuk mengurangkan risiko mereka dijangkiti virus tersebut, AIC mengingatkan warga emas supaya keluar rumah hanya untuk kegiatan yang penting dan elak mengunjungi kawasan yang terdapat ramai orang.



Sepanjang empat minggu, mereka diminta agar mengurangkan kegiatan secara berkumpulan serta perhimpunan sosial, kata AIC.



Agensi itu turut menggalakkan warga emas agar mengurangkan kegiatan tanpa pelitup seperti menjamu selera di pusat penjaja dan sebaiknya membawa pulang makanan mereka.



"Warga emas patut memakai pelitup jenis untuk pembedahan dengan lengkap pada setiap masa dan perlu sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan secara kerap.



"Untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada jangkitan lain, kami juga menggesa warga emas agar pergi ke hospital jika perlu sahaja," kata AIC.



Jika mereka dijangkiti Covid-19 dan tidak menghidap simptom atau mengalami simptom ringan, mereka tidak perlu bergegas ke hospital.



Mereka sebaiknya mengasingkan diri di dalam rumah, kata AIC lagi.



Ia menambah, lebih daripada seperempat kes setempat sejak dua minggu lalu membabitkan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas.



"Sejak Mei 2021, terdapat 257 warga emas yang belum divaksinasi yang terjejas teruk oleh jangkitan Covid-19 dan telah diletakkan di ICU (Unit Jagaan Rapi), serta menerima rawatan susulan oksigen atau telah meninggal dunia."



Agensi itu menggalakkan warga emas yang belum divaksinasi agar menempah slot suntikan secepat mungkin.



Ini kerana risiko bagi mereka yang belum berbuat demikian jatuh sakit dengan menghidap simptom yang teruk adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding mereka yang sudah divaksinasi.



Malah, warga emas yang sudah divaksinasi juga digesa agar mendapatkan suntikan penggalak atau 'booster.'



"Mereka akan menerima banyak manfaat daripada kaedah perlindungan tambahan ini supaya ia dapat melindungi mereka daripada taraf imun yang semakin berkurangan dan juga mengurangkan kemungkinan mereka mengalami kesan kesihatan yang teruk jika dijangkiti (Covid-19)," kata AIC.



"Ini akan memberi mereka kedudukan yang lebih baik sedang (Singapura) beralih ke (tahap) endemik Covid-19."



AIC berkata, cabangnya bagi mendekati golongan berkenaan iaitu Pejabat Generasi Warga Emas (SGO), turut menawarkan sokongan bagi membantu warga emas menerima vaksin.



Ia akan membantu mereka membuat tempahan slot vaksinasi dan boleh mengaturkan khidmat menemankan mereka yang kurang berupaya dari segi pergerakan ke pusat vaksinasi.



"Bagi warga emas yang tidak boleh keluar dari rumah dan meminta divaksinasi di rumah, AIC bekerjasama dengan beberapa agensi tertentu untuk mengaturkan khidmat itu kepada warga emas yang layak divaksinasi di rumah," jelasnya.



Warga emas yang memerlukan bantuan untuk menerima vaksin boleh menghubungi talian AIC di 1800-650-6060 atau di pejabat SGO berdekatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >