Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas 71 tahun ditahan kerana didakwa cederakan pegawai polis di Teck Whye

Aug 30, 2023 | 05:29 PM



Seorang lelaki berusia 71 tahun diberkas pada Ahad kerana didakwa mencederakan dua pegawai polis di Teck Whye Lane.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), polis berkata mereka terima panggilan bantuan kira-kira 7 malam di Blok 143 Teck Whye Lane.


Satu video TikTok yang dimuat naik pengguna dingdingchew menunjukkan dua pegawai polis – seorang lelaki dan seorang wanita – yang sedang menahan lelaki berpakaian biru yang sedang bergelut dan cuba melawan balik apabila sedang digari.

Polis berkata dua pegawai polis itu mengalami kecederaan ringan dan tidak memerlukan bantuan perubatan.

Warga emas itu kemudian diberkas kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja kepada penjawat awam.

Polis berkata siasatan masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >