Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas dibimbing kuasai kemahiran digital

Feb 13, 2023 | 05:30 AM



MENINGKATKAN usaha membina kerjasama yang kukuh dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memajukan perjalanan pendigitalan terutama bagi warga emas adalah di antara usaha utama pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Nee Soon, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Encik Derrick Goh.



"Kami sedang bergerak ke arah menjadi sebuah Negara Bijak dan itulah sebabnya salah satu bidang tumpuan utama bagi penduduk kami adalah untuk mereka mengambil kemahiran digital terutama bagi penduduk warga emas.



"Kami bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti POSB, DBS dan NETS untuk mendapatkan warga emas mempelajari kemahiran ini dengan yakin," kata beliau.



Encik Goh menambah beliau akur bahawa pembelajaran mengambil masa terutama dengan warga emas yang mungkin memerlukan masa untuk berubah dan menyesuaikan tabiat mereka.



"Ada yang masih menghadapi cabaran tetapi dengan proses susulan, kami boleh memberikan mereka sokongan dan dorongan dengan menemani mereka membuat pembelian secara e-bayaran untuk membina keyakinan mereka," kata beliau.



Bagi Puan Kamisah Kadir, seorang penduduk Blok 477 C Yishun Street 44 yang tinggal sendirian di flat dua bilik, peluang untuk mempelajari kemahiran digital baru telah membolehkan beliau menggunakan e-bayaran dengan lebih yakin.



"Setelah mempelajari cara menggunakan khidmat e-bayaran seperti PayNow dan PayLah, saya rasa ia lebih mudah bagi saya untuk membuat pembayaran.



"Saya tidak lagi perlu beratur di bank untuk mengeluarkan atau memasukkan wang ke dalam akaun saya dan anak perempuan saya juga boleh memindahkan wang untuk saya dengan lebih mudah," kata beliau sambil menambah bahawa beliau menggunakan khidmat e-bayaran apabila membeli barangan daripada pasar raya.



Warga emas telah mempelajari cara menghubungkan akaun-akaun bank mereka dengan lancar untuk menyediakan aplikasi-aplikasi e-bayaran.



Mereka juga akan menerima bimbingan peribadi dan diberi kredit percuma sehingga $10 yang membolehkan mereka mengamalkan kemahiran baru itu dengan segera di gerai-gerai di estet mereka untuk mendapatkan keyakinan.



Selain daripada e-bayaran, GRO itu juga telah bekerjasama dengan Singtel dan M1 untuk melengkapi warga emas dan keluarga-keluarga yang mudah terjejas dengan pelan data percuma untuk memulakan perjalanan pendigitalan mereka.



Untuk melindungi penduduk daripada ancaman penipuan dalam talian, Encik Goh dan GRO Nee Soon Link juga telah bekerjasama rapat dengan pasukan Polis Singapura untuk melibatkan penduduk dan mempromosikan muat turun aplikasi ScamShield.



Sebuah taman bumbung di tempat meletak kereta di Blok 429 juga telah ditukar menjadi kebun masyarakat yang bijak di Orchid Vista baru-baru ini.



Kebun itu menggabungkan teknologi pengairan dan teknologi hijau yang inovatif yang menggunakan sisa makanan sebagai kompos yang kemudian digunakan sebagai baja.



Hasil daripada kebun itu kemudiannya dikongsi di kalangan masyarakat dan para penduduk yang mudah terjejas.



"Kami telah mengambil langkah pertama untuk membantu penduduk dalam kemahiran digital mereka dalam bidang-bidang yang memberi kesan kepada kehidupan seharian dan kami berharap dapat memanfaatkan ini secara perlahan-lahan untuk menjadikan mereka lebih yakin menggunakan alat-alat digital yang lain seperti membaca surat khabar dan artikel dalam talian dan sebagainya," kata Encik Goh.




"Kami sedang bergerak ke arah menjadi sebuah Negara Bijak dan itulah sebabnya salah satu bidang tumpuan utama bagi penduduk kami adalah untuk mereka mengambil kemahiran digital terutama bagi penduduk warga emas.



Kami bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti POSB, DBS dan NETS untuk mendapatkan warga emas mempelajari kemahiran ini dengan yakin."



- Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Encik Derrick Goh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >