Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas diselamatkan jiran selepas skuter terbakar di Bedok

Oct 29, 2018 | 05:34 PM



SKUTER mobiliti yang diletakkan di koridor blok HDB mula mengeluarkan percikan api dan kemudian terbakar Sabtu lalu. Seorang wanita warga emas nyaris-nyaris tidak dapat melarikan diri daripada kebakaran itu. 



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 509B Bedok North Street 3 sekitar 2.30 petang. Blok tersebut merangkumi apartmen studio bagi warga emas. 



Api tersebut berjaya dipadamkan sebelum ketibaan SCDF oleh orang ramai yang menggunakan air daripada baldi, tambahnya. 

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran tersebut masih disiasat. 



Akhbar Lianhe Wanbao melaporkan bahawa seorang penduduk berusia 83 tahun telah meninggalkan dua skuter mobilitinya di spanjang koridor tingkat lima sebelum beliau ke gereja. 



Skuter tersebut tidak dicas pada masa itu. 



Walau bagaimanapun, salah satu skuter tersebut tiba-tiba terbakar, menyebabkan asap tebal memenuhi koridor. 



Jiran lelaki itu, seorang wanita berusia 70 tahun, memberitahu Lianhe Wanbao bahawa beliau sedang menonton televisyen pada masa itu apabila beliau terdengar beberapa bunyi letupan dan melihat asap memasuki rumahnya. 



Wanita tersebut, yang hanya dikenali sebagai Cik Saias, berkata beliau tidak dapat membuka pintu rumahnya untuk keluar kerana bingkai pintu terlalu panas. 



“Saya begitu takut pada masa itu, dan meminta tolong. Saya fikir saya tidak akan selamat, tapi mujur ada yang menolong,” katanya. 



Beliau menambah seorang lelaki muncul di hadapan pintu rumahnya dan berulang kali menuangkan air dalam baldi untuk memadamkan api tersebut, sebelum cuba mengetuk pintunya. 



Cik Saias kemudian menyerahkan kuncinya kepada lelaki tersebut melalui tingkap.



“Beliau menarik saya keluar dari situ setelah membuka pintu dan duduk di tangga. Kemudian beliau pergi dengan senyap. Pintu tersebut begitu panas dan ia begitu berbahaya, tapi beliau sangat berani,” tambahnya lagi. 



Menurut laporan akhbar Lianhe Wanbao, lelaki tersebut adalah Encik Xu Jiafu, seorang kontraktor berusia 46 tahun. 



Encik Xu, yang tinggal di blok berhampiran, berkata bahawa beliau pada masa itu berada di kolong blok 509B dan ternampak kebakaran tersebut. 



Katanya: “Ramai warga tua yang tinggal di blok itu, jadi saya bimbang akan keselamatan mereka.” 

Tambahnya, beliau berasa lega tiada yang cedera dalam kejadian tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >