Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga harus cegah keganasan atas wanita: Presiden Halimah

Mar 18, 2022 | 07:50 PM



LEBIH banyak mesti dilakukan untuk mencegah keganasan terhadap wanita dan menyokong mereka yang menjadi mangsa keganasan sedemikian, kata Presiden Halimah Yacob.



Ini lebih-lebih lagi kerana hanya 40 peratus warga Singapura berpendapat bahawa penderaan rumahtangga tidak berleluasa.



“Berfikiran bahawa penderaan rumahtangga tidak berleluasa di Singapura dan ia jarang berlaku membimbangkan kerana ia menunjukkan kekurangan kesedaran dalam kalangan ramai rakyat Singapura,” kata Puan Halimah.



Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Gala Pengumpulan Dana ‘Kata Tidak Terhadap Penindasan Wanita’ anjuran United Women Singapore (UWS) di Hotel Shangri-la pada Jumaat (18 Mac).



Pandemik Covid-19 juga telah menyebabkan peningkatan kes penganiayaan di rumah kerana ramai bekerja dari rumah dan perlu mengimbangi antara keluarga dan tugas yang meningkatkan konflik dan ketegangan.



“Apa pun alasannya, tiada tempat sama sekali dalam masyarakat kita bagi keganasan terhadap wanita.



“Keganasan sedemikian merampas maruah wanita, menghalang perkembangan mereka dan menghalang mereka daripada memainkan peranan mereka dalam masyarakat,” kata Puan Halimah.



Beliau menambah bahawa “signal yang kuat” mesti diberi kepada pelaku keganasan dan mereka yang mungkin melakukan keganasan pada masa depan.



Ini agar mereka tahu bahawa penganiayaan sedemikian tidak akan diterima dan akan dihukum dengan berat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >