Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga, PR lahir pada, sebelum 1979 boleh sertai CareShield Hayat mulai 6 Nov

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



MULAI 6 November, warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura lahir pada atau sebelum 1979 boleh menyertai skim insurans jagaan jangka panjang nasional CareShield Hayat, yang memberi perlindungan bagi ketakdayaan teruk.



Pemegang insurans ElderShield 400 lahir antara 1970 dengan 1979 akan disertakan dalam CareShield Hayat secara automatik dan mereka tiada perlu melakukan apa-apa.



Yang lain harus mendaftar menerusi laman web CareShield Hayat untuk menyertai skim insurans itu.



CareShield Hayat dilancarkan pada 1 Oktober 2020 untuk menggantikan skim ElderShield. Ia menawarkan pembayaran lebih baik dan lama bagi warga dan PR Singapura yang mengalami ketakdayaan teruk.



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pemerintah akan mengambil alih pentadbiran ElderShield daripada syarikat insurans swasta mulai 1 November, untuk memastikan orang ramai yang dilindungi oleh insurans itu dapat meraih manfaat daripada proses penilaian tuntutan dipertingkat serta beralih kepada CareShield Hayat dengan lancar.



CareShield Hayat mandatori bagi semua warga dan PR Singapura lahir pada dan selepas 1980. Kohort ini dilindungi oleh CareShield Hayat secara automatik mulai 1 Oktober tahun lalu atau apabila mereka menyambut ulang tahun ke-30, bergantung mana datang kemudian.



Lebih 740,000 orang dilindungi oleh CareShield Hayat secara mandatori sekarang.



Kini, MOH berkata semua warga dan PR Singapura lahir pada atau sebelum 1979 boleh memilih mendapatkan perlindungan CareShield Hayat jika tidak mengalami ketakdayaan serius.



Mereka yang lahir dari 1970 hingga 1979 dan dilindungi oleh insurans ElderShield 400 serta tidak mengalami ketakdayaan serius akan disertakan dalam CareShield Hayat secara automatik mulai 1 Disember.



Warga dan PR Singapura lahir pada atau sebelum 1979 serta tidak mengalami ketakdayaan serius boleh daftar bagi CareShield Hayat menerusi laman web careshieldlife.gov.sg.



Ini termasuk mereka yang dilindungi oleh ElderShield 300, individu tidak dilindungi oleh insurans dan mereka yang berusia lebih tua dan akan menanggung premium tahunan lebih tinggi berbanding golongan yang akan disertakan secara automatik.



Oleh itu, mereka harus menimbangkan kos dan manfaatnya sebelum memutuskan mendapatkan perlindungan CareShield Hayat, kata MOH.



Mereka yang dilindungi di bawah ElderShield akan terus dilindungi skim insurans itu jika memilih tidak mahu menyertai CareShield Hayat.



"Kami menggalak orang ramai menyertai CareShield Hayat kerana ia akan menawarkan perlindungan lebih baik daripada ElderShield dengan pembayaran lebih tinggi sepanjang hayat.



"Untuk menggalak individu menyertai CareShield Hayat, pemerintah akan menyediakan insentif penyertaan hingga $2,500 bagi semua warga Singapura yang lahir pada atau sebelum 1979 dan menyertai CareShield Hayat hingga 31 Disember 2023," kata MOH.



Insentif penyertaan tambahan berjumlah $1,500 juga akan diberi kepada warga Generasi Merdeka dan Perintis yang menyertai CareShield Hayat hingga 31 Disember 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >