Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura yang 'hilang' di Tioman sudah pulang ke rumah

Jun 13, 2016 | 10:29 AM



SEORANG pelancong warga Singapura yang hilang tiga hari di Malaysia telah pulang ke rumah dengan selamat.



Encik Sinar Widjoyo Tugi, 73 tahun, yang dilaporkan hilang di Pulau Tioman pada Rabu lalu (8 Jun), ditemui Sabtu pagi lalu di Johor Bahru, ujar Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.



Anak Encik Sinar Widjoyo, Cik Haryati, berkata dalam laman Facebook Sabtu lepas bahawa ayahnya telah ditemui. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu dalam mencari bapanya, termasuk polis Malaysia.



Pada Khamis lalu, pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Encik Anuar Hassan, berkata 14 kakitangan dikerah bersama polis dalam operasi mencari Encik Sinar Widjoyo, yang ketika itu terakhir dilihat di sebuah resort di Kampung Paya di Tioman.



Keluarganya membuat laporan orang hilang di Mersing pada petang Rabu lalu, sebelum kes itu dirujuk kepada polis di Rompin.



Menurut laporan media tempatan, siasatan polis mendapati beliau menaiki feri ke Mersing.



Kru feri berkata mereka melihat Encik Sinar Widjoyo, tetapi beliau tidak turut apabila mereka tiba ke jeti Mersing. Encik Sinar Widjoyo memberitahu kru feri beliau ingin pulang ke Singapura, dan seorang anak kapal membawanya ke kaunter tiket bas.



Encik Sinar Widjoyo dipercayai menaiki bas ke Johor Bahru, tempat beliau ditemui.



Dalam satu kenyataan Sabtu lalu, MFA berkata Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru, yang sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan, membantu keluarga Encik Sinar Widjoyo dan memudahkan kepulangannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >