Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura antara 200 selamat tiba di Jeddah dari Sudan

Apr 30, 2023 | 05:30 AM



HAMPIR 200 individu pelbagai kewarganegaraan, termasuk Singapura, selamat tiba di Jeddah, Arab Saudi, pada Khamis selepas dipindahkan dari Sudan.



Mereka dipindahkan menerusi sebuah kapal kerajaan Arab Saudi, H M S Abha, dengan kerajaan itu menyediakan keperluan bagi mereka sebagai persiapan sebelum meninggalkan Sudan.



Ini dinyatakan Kedutaan Kerajaan Arab Saudi di Singapura dalam satu kenyataan baru-baru ini.



Pada Khamis, Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengesahkan 14 warga Singapura daripada dua keluarga dan seorang lagi ahli keluarga selamat dipindahkan dari Khartoum, Sudan, ke Jeddah.



Menurut MFA, mereka dipindahkan bersama sekumpulan rakyat Malaysia dan warganegara lain dengan bantuan Malaysia, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



MFA mengucapkan terima kasih kepada tiga kerajaan itu atas bantuan mereka.



Pada 15 April, pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Angkatan Sokongan Pantas (RSF) tercetus di Khartoum, dengan tentera menuduh RSF sebagai pemberontak dan melancarkan serangan udara ke atas pangkalan mereka.



Ketua Tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah Burhan, kemudian mengeluarkan dekri membubarkan RSF.



Konflik itu mendorong pelbagai negara cuba memindahkan rakyat mereka dari kota tersebut.



"Sejak tercetusnya konflik bersenjata di Sudan, MFA menawarkan bantuan konsular kepada warga Singapura di Sudan selain meneroka pilihan untuk membawa mereka keluar," kata MFA pada Khamis.



Kedutaan Singapura di Riyadh dan Abu Dhabi serta Konsulat-Jeneral Singapura di Jeddah bekerja rapat dengan pemerintah tuan rumah dan rakansejawatan di kedutaan Malaysia bagi memudahkan perjalanan dua keluarga Singapura itu dari Khartoum.



Pertempuran antara tentera Sudan dan RSF telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 512 jiwa dan mencederakan 4,193 orang, menurut angka yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan negara itu.



Bagaimanapun, angka sebenar mungkin lebih tinggi.



Dua pihak itu melaksana beberapa gencatan senjata sementara di seluruh negara, namun ia belum menyumbang kepada huraian konflik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >