Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura berpesta di serata pulau

Ramai ‘berkelah’ di kawasan sekitar Padang termasuk Bedungan Marina, Esplanade bagi nikmati suasana meriah sambutan NDP
Aug 09, 2023 | 09:42 PM



Sekitar kawasan bandar Singapura dibanjiri lautan merah putih sejak awal tengah hari Rabu dengan ramai warga kelihatan hadir bersama sahabat dan keluarga untuk melihat pertunjukan udara dari Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) serta ledakan bunga api yang juga diadakan di serata pulau.

Pasukan Berita Harian (BH) yang telah berada di City Hall sejak sekitar 1.30 petang – berdekatan kawasan masuk ke Padang – memerhatikan ramai sudah bermula beratur panjang untuk dibimbing masuk ke tempat acara.


Di kawasan Bendungan Marina pula, ramai warga lengkap dengan baju merah putih sudah menyediakan tikar seawal 2 petang untuk menikmati suasana meriah Hari Kebangsaan dengan berkelah dan bersantai serta bermain layang-layang di situ.







Antara mereka termasuk Encik Muhammad Haris Roslan, 29 tahun, yang berkelah bersama isteri dan puterinya di kawasan berumput bumbung bendungan itu sejak 2 petang dengan lagu-lagu kebangsaan turut memeriahkan suasana.

“Kita akan duduk di sini sampai malam,” katanya yang bertugas dalam bidang penyelenggaraan.

“Kami berada di sini sebab nak standby tengok jet pejuang terbang lalu di sini dan juga bunga api,” tambahnya.


Isterinya, Cik Nur Zuhairah Murad, 27 tahun, seorang pendidik di tajaka, pula berkata tahun ini istimewa sebab ia kali pertama mereka mengajak anak mereka Nafiatul Hazimah, yang berusia dua tahun untuk menikmati suasana Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bersama-sama.







Seorang lagi penduduk yang berada di situ ialah Encik Ahmad Pasuni yang hadir bersama isteri dan anak saudara perempuannya berusia 10 tahun.

Selain menyambut ulang tahun negara, beliau juga berada di situ untuk menyambut ulang tahun salah seorang anak temannya yang turut berada di Bendungan Marina yang hari lahirnya jatuh pada 9 Ogos.

Ketika ditanya harapan beliau, Encik Ahmad berkata: “Saya rasa apa yang penting bagi kami adalah keamanan negara kita, dan saya berharap hidup kami sentiasa dipermudahkan dan agar semua warga kekal bahagia bersama.”

NDP tahun ini berlangsung di Padang buat pertama kali sejak Covid-19.

Seramai 27,000 penonton hadir pada sambutan ulang tahun ke-58 negara itu yang bertemakan Onward As One (Seterusnya Ke Depan Bersatu Hati).


Ia juga merupakan sambutan istimewa memandangkan ia merupakan kali terakhir Presiden Halimah Yacob hadir sebagai Ketua Negara selepas beliau mengumumkan terdahulu bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Presiden mendatang.

Di kawasan Esplanade pula, yang membolehkan pengunjung melihat pertunjukan penuh tertib Tembakan Kehormatan 21 Das di Sungai Singapura lewat petang Rabu, Encik Khaire Sani, 48 tahun, dan keluarganya berada di situ sejak awal petang agar dapat merakam gambaran jelas acara itu.

“Saya kira sejak selepas Covid reda, kami berniat untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga pada hari yang meriah ini,” kata penjawat awam itu.

“Ini kali pertama kami berada di sini, selalunya kami akan berada di Taman East Coast,” tambahnya.







Di tempat acara di Padang pula Cik Zandy Tan, 41 tahun yang kali terakhir menonton NDP dua dekad lalu, tidak sabar menonton suaminya yang menyertai kontinjen Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA).

“Saya berharap dapat menghabiskan masa menyeronokkan bersama keluarga dan sama-sama memberi sokongan kepada suami saya,” ujarnya.

Laporan tambahan oleh Muhaimin Suzaini, Dahlia Zulkifli, Nur Syuhrah Hassan, Zulaiqah Abdul Rahim dan Izwandi Azman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >