Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura digesa sambut tahun baru 2022 dari rumah, elak tempat sibuk tatkala Omicron masih melanda

Dec 30, 2021 | 06:25 PM



PENDUDUK Singapura digesa untuk mengelakkan tempat sibuk dalam mereka membuat persiapan  menyambut kedatangan Tahun Baru 2022, sewaktu situasi varian Omicron masih menular.



Sebaliknya, mereka digalakkan agar menikmati sambutan Tahun Baru dari rumah.



Memberi pesanan demikian menerusi satu kenyataan pada Khamis (30 Disember), Kementerian Kemampanan dan Sekitaran berkata:



“Tidak akan ada bunga api bagi sambutan ‘countdown’ atau di ambang Tahun Baru di Marina Bay tahun ini bagi mengurangkan kesesakan.



“Sebaliknya, bunga api akan dicetuskan dari beberapa lokasi kejiranan merata Singapura agar orang awam boleh menikmati bunga api daripada keselamatan rumah mereka.



“Pada hari ini (31 Disember), Pertubuhan Akar Umbi Persatuan Rakyat akan menganjurkan program kemasyarakatan ‘countdown’ hujung tahun mereka secara maya bagi menghubungkan penduduk secara selamat.”



Menurut kenyataan itu lagi, serata dunia khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah, melihat kenaikan mendadak dalam kes Omicron.



“Justeru, jangan biarkan diri kita leka tetapi kekal berwaspada, amalkan tanggungjawab sosial dan perhatikan langkah pengurusan selamat yang berkuatkuasa kini.



“Ini adalah bagi melindungi kesihatan anda dan kesihatan keluarga serta teman anda,” jelas kenyataan itu lagi.



Pada minggu sudah, agensi pemerintah juga telah mempertingkatkan pemeriksaan penguatkuasaan.



Sebanyak 11 premis makanan dan minuman serta 72 individu dihukum kerana melanggar langkah pengurusan selamat dan langkah pengurusan selamat yang dibezakan mengikut status vaksinasi.



Pihak agensi akan terus mempertingkat penguatkuasaan di premis makanan dan minuman pada tempoh hujung tahun ini.



Dalam pada itu,  semua tapak perkhemahan dan ruang barbeku di semua taman yang diurus Lembaga Taman Negara (NParks) kekal ditutup.



Orang awam dinasihatkan agar memeriksa gerbang Safe Distance @ Parks (safedistparks.nparks.gov.sg) bagi keterangan terkini mengenai tahap kunjungan pelawat sebelum berkunjung ke taman berkenaan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >