Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura hormat kaum lain namun perkauman masih jadi isu: Tinjauan

Aug 19, 2016 | 12:19 PM



WARGA Singapura menyokong kuat kepelbagaian kaum dan meritokrasi, dengan hampir semua mengatakan mereka menghormati orang dari semua kaum dan semua kaum perlu diberi layanan sama, menurut satu kaji selidik.



Bagaimanapun, hampir separuh daripada mereka mengakui perkauman boleh menjadi masalah dan sedar terdapat sejumlah besar yang bersikap sekurang-kurangnya sedikit perkauman.



Kira-kira 70 peratus responden mendapati diskriminasi terang-terangan, seperti tidak menggajikan seseorang kerana bangsa atau agama mereka, atau menghina orang lain kerana bangsa, tidak pernah boleh diterima. Mereka juga menganggap perbuatan itu bersifat perkauman.



Kaji selidik tersebut juga mendapati warga Singapura selesa berinteraksi dengan orang daripada kaum lain tetapi lebih kuat menyukai Perdana Menteri atau Presiden daripada bangsa mereka sendiri.



Kesukaan pada kaum sendiri itu dilihat dalam hubungan peribadi juga: warga Singapura lebih suka ahli keluarga mereka berkahwin dengan orang daripada bangsa sama.



Mereka juga berasa lebih selesa berkongsi masalah peribadi mereka dengan rakan daripada bangsa sama.



Sikap berbeza rakyat Singapura terhadap kumpulan etnik lain ini, bergantung pada kegiatan dan suasana, adalah antara dapatan kajian Channel NewsAsia-Institut Kajian Dasar (IPS) ke atas 2,000 penduduk Singapura berumur 21 tahun ke atas.



Kaji selidik itu ditugaskan oleh Channel NewsAsia bagi dokumentari televisyennya, bertajuk Regardless of Race (Tidak Kira Kaum), dan dikeluarkan oleh IPS pada Jumaat (19 Ogos).



Dapatan utamanya ialah semua kaum percaya pada meritokrasi dan kesaksamaan kaum.



Sembilan daripada 10 bersetuju sesiapa sahaja yang bekerja keras boleh menjadi kaya, tidak kira bangsa mereka.



Dua daripada tiga tidak bersetuju kepentingan kaum majoriti harus dijaga sebelum kepentingan kaum minoriti.



Ini termasuk dalam kalangan orang Cina yang, bagaimanapun, mempunyai tanggapan berbeza tentang bagaimana kuat kaum lain mendesak hak budaya mereka.



Hampir 30 peratus orang Cina berasa kaum minoriti semakin menuntut lebih banyak hak, pandangan yang dikongsi oleh hampir 40 peratus orang Melayu.



Pada masa sama, 40 peratus responden minoriti berasa orang Cina semakin menuntut lebih banyak hak.



Walaupun sokongan bagi kepelbnagain kaum kuat, ramai berkata mereka pernah mengalami perbuatan perkauman atau menunjukkan mereka mempunyai sikap perkauman.



Enam dalam 10 orang pernah mendengar komen perkauman, dengan hampir separuh berkata komen itu dibuat oleh rakan sekerja.



Dua pertiga orang Cina tidak berasa bermasalah untuk menjemput orang India dan Melayu ke rumah mereka untuk makan.



Lebih 80 peratus orang Melayu dan India boleh menjemput orang kaum lain ke rumah mereka untuk makan.



Begitu juga, tujuh daripada 10 orang Cina selesa kanak-kanak India dan Melayu bermain dengan anak atau cucu mereka.



Apabila memilih pemimpin tertinggi, rakyat Singapura menunjukkan perbezaan sikap ketara.



Separuh orang Cina berkata Perdana Menteri daripada kaum Melayu boleh diterima, dan enam dalam 10 boleh terima Perdana Menteri orang India.



Ini sebahagian besarnya sama apabila ditanya mengenai presiden dipilih: 59 peratus orang Cina mendapati Presiden daripada kaum Melayu boleh diterima, dan 68 peratus berkata yang sama mengenai Presiden orang India.



Orang Melayu dan India juga kurang menerima Presiden atau Perdana Menteri daripada kaum lain daripada bangsa mereka sendiri.



Pemerhati berkata dapatan mengenai pemimpin politik itu penting memandangkan jawatan presiden dipilih sedang disemak. Semakan itu antara lain melibat cara memastikan perwakilan minoriti bagi jawatan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >