Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga tua Cina yang dibantu penganut Hindu meninggal

Oct 27, 2016 | 09:56 AM



SEORANG warga emas yang rebah dan dibantu penganut Hindu yang sedang menuju ke sebuah upacara jalan atas api di Serangoon Road Ahad (23 Okt) lalu telah meninggal dunia.



Encik Ong Peck Hock, 68 tahun, seorang pesara, meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng pada hari itu, kata isterinya, Cik Bessie Ong, 60 tahun, seorang jurutrengkas.



Beliau menunjukkan sedikit tanda respons sebelum dibawa ambulans tetapi doktor kemudian berkata Encik Ong mempunyai "peluang tipis untuk hidup" kerana kekurangan oksigen ke otaknya.



Cik Ong berkata suaminya mempunyai sejarah serangan jantung, dengan serangan pertama pada 1999 dan kedua pada 2007. Selepas serangan kedua, beliau koma sembilan hari dan doktor berkata beliau mempunyai enam bulan untuk hidup.



Pada Rabu (26 Okt) petang, Encik U. Silvakumar, seorang pakar ketenteraan berusia 58 tahun, menziarahi keluar Encik Ong di Blok 107, Towner Road, bersama-sama anak lelakinya dan kira-kira 10 penganut Hindu lain yang cuba membantu mendiang.



Encik Silvakumar memberi bantuan pernafasan (CPR) pada Encik Ong selepas beliau rebah. Penganut lain, yang sedang memakai pakaian istiadat bagi upacara jalan atas bara, juga cuba bantu.



Imej mereka mengelilingi Encik Mr Ong untuk membantu dikongsi meluas dalam talian dan menjadi sensasi Internet.



Encik Ong, yang mengucapkan terima kasih kepada Encik Silvakumar dan penganut lain semasa mereka menziarahinya, berkata: "Saya menghargai dan menyanjungi mereka kerana membantu memulihkan beliau."



Pada Ahad itu, Encik Ong pergi ke kedai minyak untuk mengepam tayar basikal elektrik beliau.



Selepas itu, beliau menunggang ke kuil berdekatan kerana ingin tahu mengenai upacara jalan atas bara yang sedang berlangsung.



Selepas beliau rebah, seorang penganut menemui telefon bimbit dalam saku Encik Ong dan menelefon rumahnya.



Cik Ong menjawab panggilan itu dan bergegas ke tempat kejadian.



Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 25 tahun yang baru menamatkan pengajian universiti.



Pada Rabu, Encik Silvakumar diberi Anugerah Semangat Kemasyarakatan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SDCF) dalam sebuah majlis.



"Saya rasa semua orang harus cuba bantu, tanpa mengira warna kulit dan agama," katanya.



Encik Silvakumar berkata beliau mula belajar CPR pada 1982 dan menggunakannya bagi membantu seorang lelaki di sebuah lapangan terbang di Jakarta pada 2009.



Beliau juga cuba membantu orang yang terjejas dalam pengeboman hotel Marriott Jakarta tahun itu. Beliau menginap di sebuah apartmen berhampiran hotel tempat beliau sedang bekerja ketika letupan tersebut berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >