Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waris kes barah CGH dapat pampasan $326,620

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



MAHKAMAH semalam memutuskan Hospital Besar Changi (CGH) perlu membayar $326,620 kepada keluarga seorang wanita yang meninggal dunia setelah memenangi kes terhadap hospital itu, yang didapati cuai dalam menangguhkan diagnosis barah paru-parunya.



Dalam keputusan penghakimannya semalam, Hakim Belinda Ang menentukan sebanyak $304,000 sebagai ganti rugi kepada keluarga Noor Azlin Abdul Rahman, antara lain bagi kesakitan yang dialaminya, dan $22,620 lagi untuk ganti rugi khas termasuk perbelanjaan perubatan.



Oleh kerana CGH telah membuat pembayaran interim sebanyak $200,000, mereka hanya perlu membayar jumlah bakinya.



Hakim Ang telah mendapati bahawa kecuaian CGH telah menyebabkan kematian Cik Azlin pada usia 39 tahun, dan menolak alasan hospital itu yang mengatakan rawatan awal tidak mempunyai jaminan bahawa Cik Azlin akan disembuhkan sepenuhnya.



Cik Azlin telah memenangi kes mahkamah ini terhadap CGH pada Februari 2019 setelah melakukan rayuan, namun beliau telah meninggal dunia beberapa minggu kemudian pada April 2019.



Beliau telah menghadapi penyakit barah paru-paru tahap keempat.



Mahkamah mendapati pada Februari 2019 bahawa CGH telah melanggar kewajipan penjagaan mereka kepada Cik Azlin kerana tidak memiliki sistem yang tepat untuk melakukan ujian selanjutnya untuk radiologi dan pengurusan pesakit yang mencukupi.



Ini mengakibatkan penangguhan diagnosis barah paru-paru.



Cik Azlin pertama kali mengunjungi CGH pada 2007, di mana setelah menjalani imbasan sinar-X, seorang doktor telah menilai bahawa kelegapan di dadanya nampaknya hilang atau telah hilang sendiri.



Cik Azlin kemudian kembali ke CGH dua kali pada 2010 dan 2011, dengan imbasan sinar-X dada dilakukan dan tindak lanjut disyorkan untuk kelegapan di dadanya, tetapi tidak ada apa yang dilakukan.



Ketika beliau dirujuk ke CGH oleh Klinik Perubatan Raffles pada akhir 2011 kerana batuk, sesak nafas dan darah di kahaknya, beliau telah mendapat tahu bahawa terdapat nodul di dadanya.



Biopsi pada Februari 2012 telah mengesahkan bahawa nodul itu malignan.



Penyakit barah paru-paru itu kemudian telah merebak ke otaknya pada Oktober 2016.



Cik Azlin mendakwa CGH serta tiga orang doktor pada Januari mengatakan bahawa kecuaian mereka telah menyebabkan diagnosis dan rawatan bagi barah paru-paru yang lambat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >