Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WarnerMedia buka hab serantau baru di SG sepadukan niaga di rantau ini

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



GERGASI media dan hiburan WarnerMedia membuka hab serantau barunya bagi Asia (di luar China dan Jepun) di Singapura semalam.



Pejabat di 1 Fusionopolis Walk, Solaris@one-north South Tower itu dirasmikan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Pembentukan hab itu adalah satu usaha menyepadukan perniagaan WarnerMedia di rantau ini, termasuk pengendalian jenama Warner Bros., HBO dan Turner.



Hab itu juga menempatkan platform penstriman baru HBO Max, yang dijangka melancarkan pasaran Asia pertamanya pada masa akan datang.



Ruang moden pejabat itu direka oleh sebuah firma Singapura, ID21.



Dalam ucapannya, Cik Teo berkata rancangan WarnerMedia menetapkan hab serantaunya di Asia berpangkalan di Singapura adalah penting pada tiga peringkat - industri, perusahaan dan individu.



"Di peringkat industri, ekosistem yang bersemarak menjadi lebih menarik.



"Sepanjang sedekad lalu, banyak pemimpin industri dalam bidang teknologi dan media memindahkan ibu pejabat serantau atau antarabangsa mereka ke Singapura, termasuk Google, Netflix dan PayPal.



"Malah, dalam tempoh pandemik ini, kami turut menerima tambahan (syarikat), seperti Trip.com dan Twitter, yang membangunkan ibu pejabat antarabangsa (Trip.com) dan serantau (Twitter) di sini.



"Singapura akan terus menawarkan alasan baik agar anda berada di sini: ketersambungan hebat, secara fizikal dan digital; prasarana selamat dan berdaya bingkas; serta sekitaran mesra perniagaan.



"Sama penting ialah tebaran bakat tempatan dan antarabangsa yang berhimpun di sini...



"Singapura kian mencorak dirinya menjadi tempat buat teknologi dan media," ujar Cik Teo.



Pada peringkat perusahaan pula, kehadiran WarnerMedia penting buat syarikat media tempatan dengan adanya keinginan menerbitkan kandungan asli.



Menurut Cik Teo, lebih daripada setakat pelaburan dalam teknologi, pelaburan amat penting dalam penjanaan kandungan WarnerMedia, yang boleh dibantu bakat Singapura menerusi penstriman langsung ke rumah, HBO Max.



Pada peringkat individu, kehadiran WarnerMedia membuka peluang pekerjaan dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik data.



Pengarah Urusan WarnerMedia bagi India, Asia Tenggara dan Korea, Encik Clement Schewebig, pula berkata hab serantau syarikat itu di Singapura lebih daripada setakat ruang kerja baru kerana ia menyatukan perniagaan rencamnya di bawah satu bumbung.



WarnerMedia dikenali kerana jenama seperti Harry Potter's The Wizarding World , Looney Tunes, Game of Thrones dan Wonder Woman.



"Kami telah lama menyokong ekosistem agak besar bagi industri hiburan, penyiaran, penerbitan dan pelesenan. Daripada hab baru kami di Singapura, kami akan teruskan rancangan bercita-cita tinggi kami buat rantau ini."



WarnerMedia berharap dapat menambah sebahagian besar daripada peranan tambahan di Singapura dalam tahun-tahun mendatang, termasuk bagi mereka dalam bidang teknologi apabila syarikat itu menambah tumpuan pada perniagaan penstriman langsung kepada pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >