Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UCAPAN DALAM BAHASA MANDARIN

Waspada mesej media sosial dengan tujuan tersembunyi

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata rakyat Singapura harus mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan kandungan media sosial, dan berwaspada terhadap pengaruh asing yang bermusuhan.



Beliau berkata terdapat maklumat yang mudah diperolehi daripada wadah media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan WeChat, di mana pengguna mungkin boleh terpengaruh dan menganggap semua maklumat tersebut adalah benar dan boleh dipercayai.



Walau bagaimanapun, sesetengah mesej tersebut mempunyai tujuan tersembunyi untuk memujuk pengguna untuk memihak, atau bahkan untuk menghakis kepercayaan terhadap pemerintah sendiri, kata Encik Lee dalam ucapannya dalam Bahasa Mandarin di Rapat Hari Kebangsaan.



Encik Lee berkata mesej ini mungkin cuba membangkitkan sentimen anti-China dan Russia atau anti-Barat. Justeru, beliau menggesa pengguna media sosial supaya berwaspada apabila membaca mesej sedemikian.



"Kita perlu menyemak fakta dan tidak seharusnya menerima semua maklumat sebagai kebenaran. Kita mesti berwaspada secara aktif terhadap operasi pengaruh asing yang bermusuhan, tidak kira dari mana asalnya.



"Hanya dengan itu, kita boleh menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara kita," kata Encik Lee, yang turut berbesar hati dengan sokongan rakyat Singapura terhadap pendirian pemerintah mengenai peperangan di Ukraine.



Walaupun Singapura mengambil pendirian yang tegas dan mengutuk Russia apabila pencerobohan di Ukraine bermula, Encik Lee menekankan bahawa ia sebenarnya bukan tentang memilih pihak bagi Singapura.



Beliau menambah negara ini sering menentang pendekatan 'might is right' - yang menetapkan bahawa negara yang lebih berkuasa bebas melakukan apa sahaja - dengan memberi contoh apabila Singapura di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang serangan Amerika Syarikat terhadap Grenada pada 1983, serta penentangan Singapura terhadap pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada 1978.



"Kami percaya kedaulatan dan integriti wilayah semua negara, besar atau kecil, mesti dihormati.



"Prinsip-prinsip ini wujud untuk semua negara, tetapi terutamanya bagi sebuah negara kecil seperti Singapura," tambah beliau.



Encik Lee menegaskan jika Singapura tidak berdiri teguh dan mengambil pendirian yang jelas mengenai krisis Ukraine, "sekiranya Singapura diceroboh suatu hari nanti, tiada siapa yang akan bersuara untuk kita".



Terdapat pelbagai pandangan di kalangan negara mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine, yang mencerminkan pelbagai pertimbangan, tambah Encik Lee.



Sebagai negara terkecil di Asean, beliau berkata kepentingan dan pertimbangan Singapura secara semula jadi berbeza daripada negara-negara yang lain.



Oleh demikian, Singapura bukan sahaja secara jelas mengutuk pencerobohan Russia, namun juga mengambil langkah untuk mengenakan sekatan yang disasarkan tersendiri ke atas Russia.



Dalam pada itu, beliau berkata sedang Singapura berusaha menangani pandemik Covid-19, negara ini juga perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran lain.



Persekitaran luaran kian menjadi tidak stabil, dan "ribut sedang melanda".



Encik Lee memberi contoh hubungan tegang antara Amerika Syarikat dan China serta pencerobohan Russia ke atas Ukraine sebagai cabaran geopolitik yang telah memberi kesan kepada landskap keselamatan global.



Serangan Russia itu juga telah mewujudkan ketegangan antara negara itu dengan beberapa negara lain, terutama Amerika Syarikat dan negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).



Semua ini, tegas beliau, mempunyai implikasi yang mendalam kepada Singapura.



Encik Lee berkata, untuk mengharungi persekitaran geopolitik yang semakin mencabar ini, Singapura mesti bersedia dari segi psikologi serta perlu sentiasa kekal bersatu.



"Saya bimbang akan wujud persaingan dan ketegangan geopolitik yang lebih hebat di kalangan kuasa besar di rantau kita.



"Adakah Asia Pasifik akan mengalami konflik yang sama seperti yang berlaku di Eropah? Kita tidak boleh menolak kemungkinan ini.



"Justeru, kita perlu bersedia dari segi psikologi, dan kekal bersatu," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >