Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waspada pengaruh radikal di tengah Covid-19: Faishal

RRG lancar versi penuh filem dokumentari jejak perjalanan bekas anak radikal yang sedar pembohongan ISIS
Sep 13, 2020 | 05:30 AM



KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) telah melancarkan versi penuh filem Cubs of Caliphate (Anak-anak Khalifah) di wadah media sosialnya, sebagai sebahagian usaha mendekati belia dan masyarakat untuk mengingatkan mereka tentang bahaya radikalisme dan bahawa Singapura masih tidak terkecuali daripada ancamannya.



Mengulas mengenai penayangan filem dokumentari itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata mesej dalam filem itu amat penting memandangkan lebih ramai belia berada dalam talian.



Menurutnya, radikalisasi masih menjadi satu ancaman dan pihak berkuasa akan terus mengenal pasti individu radikal di Singapura.



"Kumpulan pengganas ISIS telah kehilangan 'khalifah' mereka, dan mungkin terdapat anggapan bahawa ancaman pengganasan semakin berkurangan.



"Ditambah dengan cabaran mendesak lain yang dihadapi oleh Singapura dan seluruh dunia akibat pandemik Covid-19, adalah wajar beranggapan bahawa ancaman pengganasan dan radikalisasi tidak mempengaruhi pemikiran masyarakat.



"Namun, radikalisasi, terutamanya dalam talian, merupakan ancaman sebenar. Pihak berkuasa terus berusaha mengesan individu yang radikal di Singapura,'' ujarnya, ketika diminta mengulas oleh Berita Minggu.



Januari lalu, MHA menahan seorang penyokong ISIS Singapura berusia 17 tahun, paling muda setakat ini.



Setiausaha RRG, Ustaz Dr Mohamed Feisal Mohamed Hassan, berkata belia sekarang meluangkan lebih banyak masa di Internet dan media sosial, menjadikan mereka lebih terdedah kepada radikalisme dalam talian.



"Radikalisasi diri kekal menjadi keprihatinan semua negara di seluruh dunia, kerana Internet terus memainkan peranan penting dalam proses radikalisasi (diri) individu yang terdorong ideologi pengganas, tanpa menjadi anggota kumpulan pengganas.



"Warga Singapura, terutama segelintir belia yang mudah terpengaruh atau mempunyai landasan agama lemah, boleh dengan mudah dipengaruhi idea-idea ekstremis dan retorik pengganas yang disalah tafsir dan disebarkan secara palsu di Internet," kata Ustaz Dr Mohamed Feisal, yang juga zamil penyelidik di Pusat Antarabangsa Bagi Kajian Terorisme dan Pengganasan Politik, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Filem 25 minit itu kerjasama antara RRG dan zamil pelawat RSIS, Dr Noor Huda Ismail.



Ia menjejak perjalanan dua anak-anak asal Indonesia yang menjadi radikal dan 'berhijrah' ke Syria pada usia sangat muda. Namun, mereka segera menyedari pembohongan kumpulan pengganasan ISIS.



Filem itu juga memaparkan perjalanan dua belia Singapura yang menjadi radikal dalam talian - satu fenomena yang semakin meningkat dalam kalangan belia di serata dunia.



Ia meneroka beberapa isu berkaitan, seperti eksploitasi kanak-kanak oleh kumpulan pengganas, ancaman web gelap, dan betapa ketiadaan contoh positif serta sokongan sosial kuat menyumbang kepada proses radikalisasi.



Filem itu juga diharap dapat menangani isu pembohongan ISIS, bahaya yang ditimbulkan oleh Internet dan media sosial terhadap individu rentan, masalah ekstremisme dalam kalangan belia dan kerumitannya, cara belia menjadi radikal, dan cara masyarakat dapat mengatasi masalah itu.



Ia dimuat naik ke wadah media sosial RRG seperti Facebook, YouTube dan Instagram pada 26 Ogos, dan sejauh ini telah ditonton lebih 4,000 kali.



Trailer lima minit filem itu dilancarkan lebih awal oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dalam sebuah forum belia anjuran Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACG) November lalu.




"Mesej dalam dokumentari, mengenai kerentanan anak muda, kesalahan dan propaganda ISIS, dan bahaya radikalisasi dalam talian, masih menonjol.

Mungkin lebih-lebih lagi memandangkan 'norma baru' di mana ramai orang menghabiskan lebih banyak masa dalam talian.

Dari segi ini, kerja baik yang dijalankan relawan RRG, seperti usaha sama dengan Dr Noor Huda, amat penting dalam memerangi radikalisasi.''

- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), mengulas mengenai panayangan filem dokumentari Cubs of Caliphate oleh RRG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >