Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Watak ‘Garfield’, ‘Mr Kiasu’ jadi daya penarik di pustaka mini di Centrepoint

Oct 23, 2023 | 06:02 PM



Demi menyuburkan minat membaca, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) telah mengadakan perpustakaan ‘pop-up’ di gedung membeli-belah The Centrepoint di Orchard Road, dengan menjadikan watak kartun Garfield dan Mr Kiasu sebagai daya penariknya.


Perpustakaan ini mula beroperasi hari ini hingga Mac tahun depan.

Ia telah diadakan dengan kerjasama Encik Johnny Lau, pencipta Mr Kiasu, syarikat media dan hiburan Paramount Global, dan Frasers Property Singapura.


Pembaca boleh meminjam koleksi e-buku dan e-komik untuk dibaca dalam perpustakaan itu.

Pelancaran ini sebahagian daripada usaha berterusan NLB untuk membawa pengalaman dan sumber perpustakaan di luar premisnya melalui nod.

Ketua Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong berkata: “Perpustakaan ‘pop-up’ terkini kami membawa bersama, buat julung-julung kalinya, watak-watak yang digemari ramai dari Singapura dan Amerika Syarikat.”

Selain daripada e-komik Garfield, pelbagai e-buku mengenai topik seperti memasak, aktiviti masa lapang dan kesejahteraan juga boleh dipinjam melalui kod QR yang terdapat di perpustakaan ‘pop-up’ itu.


Peminat-peminat Garfield berpeluang bertemu kucing itu dalam minggu-minggu yang akan datang. Butiran lanjut boleh didapati di laman media sosial NLB.


Selain itu, pembaca boleh menyemak imbas koleksi susunan fizikal yang mengandungi buku komik Mr Kiasu dan Garfield. Buku-buku ini telah diderma oleh Encik Lau, pencipta Mr Kiasu dan Cabang Penerbitan Global Paramount.


Walaupun buku-buku ini tidak boleh dipinjam, pembaca boleh membuat diri mereka selesa di ruang yang disediakan di sekitar perpustakaan itu.

Perpustakaan ‘pop-up’ ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam dan menyediakan bahan bacaan untuk setiap peringkat umur.

Selain menjadi ahli perpustakaan, nama pengguna myLibrary juga diperlukan untuk meminjam e-buku dan e-komik.

Warga Singapura boleh mendaftar untuk nama pengguna ‘myLibrary’ secara percuma melalui aplikasi mudah alih NLB yang tersedia di Google Play atau kedai aplikasi Apple.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >