Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA BERSAMA MENTERI MASAGOS ZULKIFLI

3 cabaran utama masyarakat yang perlu diberi perhatian

Apr 29, 2018 | 05:30 AM



MEMPERKUKUH benteng yang melindungi masyarakat daripada pengaruh luaran, memelihara identiti sebagai Melayu/Islam dan bersiap sedia menangani cabaran ekonomi baru.



Demikian tiga cabaran utama masyarakat Melayu/Islam Singapura yang perlu diberi perhatian, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dalam wawancara dengan Berita Minggu, Encik Masagos, 55 tahun, yang bakal memegang jawatan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Selasa ini, berkata masyarakat Melayu/Islam setempat perlu prihatin terhadap kededua cabaran dalaman dan juga dari luar.



Menyentuh cabaran dari luar, beliau berkata antara yang paling meruncing ialah pengaruh keagamaan dari Timur Tengah, yang secara tradisi bersikap moderat, namun telah berubah.



Perubahan ini, jelasnya, akibat gejolak yang berlaku di Timur Tengah antara kaum Syiah dengan kaum Sunni, atau prinsip yang dipegang oleh Ikhwan yang ingin mendirikan sistem kekhalifahan, sekali gus menjadikan Islam satu gerakan politik yang memecahbelahkan masyarakat.



"Hasilnya, kalau kita terikut-ikut dengan pengaruh tersebut, ia bukan hanya menjadi satu cabaran dalam kita beragama, malah boleh memisahkan kita daripada masyarakat yang lebih besar kerana dorongan mahu hidup sebagai masyarakat yang eksklusif, dan tidak inklusif, mahu semua keadaan sesuai untuk kita beragama," ujarnya.



Encik Masagos juga melahirkan keprihatinan mengenai masalah budaya.



Beliau menekankan bahawa penguasaan bahasa Inggeris, walaupun memberi kelebihan kepada masyarakat, bermakna semakin kurang orang Melayu yang selesa berbahasa ibunda.



Ini, menurutnya, merupakan "satu masalah besar" kerana bahasa adalah pengantara nilai hidup manusia.



Beliau memberi contoh masyarakat Jerman dan Belanda di Eropah.



"Mereka menggunakan bahasa Inggeris hanya untuk berkomunikasi dengan bangsa lain namun antara mereka sendiri, mereka gunakan bahasa sendiri, dan mereka sangat bangga dengan bahasa mereka," ujarnya.



"Tanpa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ibunda, nilai-nilai keMelayuan dan nilai Asia kita tidak dapat diterap dalam diri seseorang itu dengan secara sebaik-baiknya.



"Hasilnya, disebabkan kita begitu fasih berbahasa Inggeris, dan tidak fasih juga dalam bahasa sendiri; orang Inggeris tidak akan menganggap kita orang putih, orang Melayu pun tidak tahu kita Melayu. Jadi siapa sebenarnya kita?



"Identiti kita itu menjadi satu pertanyaan bagi diri kita sendiri satu hari nanti," tambahnya.



Justeru, sebagai menteri bertanggungjawab, beliau ingin menyumbang menangani keadaan ini.



"Kita perlu fikirkan, bagaimana kita harus berasa yakin bahawa dengan penguasaan bahasa Melayu di rumah, ia tidak akan mengurangkan kemahiran penguasaan bahasa Inggeris, dan penguasaan kita berkomunikasi dengan bangsa lain, atau dengan bangsa dunia," tegasnya.



Menyentuh cabaran ketiga, Encik Masagos berkata ia berkait dengan obesisi kita kepada formula kejayaan lama iaitu mendapat ijazah atau diploma lalu menganggapnya sudah cukup untuk mendapatkan kerjaya sepanjang hayat.



Ini tekan beliau merupakan satu realiti yang tidak akan berlaku lagi akibat dua perkara besar - pertama teknologi mengganggu (disruptive technology) yang bakal merubah cara dunia bekerja dan berkomunikasi manakala kedua pula ialah kemunculan kuasa-kuasa ekonomi baru termasuk dari rantau ini seperti Indonesia dan Malaysia.



"Walaupun ini merupakan satu cabaran, ia juga satu peluang. Kalau kita tidak mampu berubah, cepat berubah, kita bakal ketinggalan - apakah nasib kita nanti seperti waktu kita baru merdeka dengan kebanyakan orang Melayu tertinggal waktu itu kerana tidak faham, tidak tahu bagaimana mengejar kemajuan.



"Kita mesti elakkan keadaan ini," ujar Encik Masagos.




IMBANG MASA



"Dalam peribahasa Cina, ‘Kalau mahu sesuatu itu dilakukan, berikan kepada mereka yang paling sibuk' kerana orang paling sibuk tahu bagaimana membahagikan masa.

Bagaimana banyak tugas seorang menteri atau sesiapa sahaja, kalau dia tahu membahagi masa, insya-Allah dia akan menjalankkannya dengan baik."
– Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad tentang mengimbangkan masa menjaga pelbagai kepentingan: tugas sebagai menteri di kementeriannya, sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, menjaga kesejahteraan penduduk di kawasan undi, dan mengadakan waktu untuk keluarga.



LARI PANTAS



"Pepatah Afrika menyatakan, ‘kalau mahu lari pantas, larilah sendiri; kalau mahu lari jauh, larilah bersama-sama'. Itu juga menjadi pengalaman hidup bahawa bagaimana besar pun tugas kita, ia dapat dirasakan lebih ringan jika kita dapat lakukan dengan masyarakat dan persatuan-persatuan masyarakat.

Yang penting, bagaimana kita sehaluan. Kita tidak perlu sependapat, tetapi kita perlu sehaluan. Mungkin cara kita ada yang ke kiri atau ke kanan tetapi kita tahu tuju haluan kita sama. Itu titik tolak pertama.

Kalau kita sehaluan, kita boleh berbincang bagaimana kita boleh mengatur usaha kita supaya sampai ke matlamat yang sama. Kita juga perlu ketepikan hal-hal peribadi seperti ego, masalah kuasa dan faedah dan sebagainya kerana yang penting adalah bagaimana kita memberi manfaat kepada pembangunan masyarakat. Itu harus menjadi tujuan kita."
– Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengenai perlunya bekerjasama.




BIODATA



ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD



Umur: 55 tahun



Status: Berkahwin dengan Cik Jumelah Jaafar, seorang suri rumah, dan mempunyai empat anak



KERJAYA POLITIK



2006 hingga sekarang: Anggota Parlimen GRC Tampines



Jun 2006: Dilantik Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan)



April 2008: Diberi jawatan tambahan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Ehwal Dalam Negeri)



November 2010: Dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara (Pendidikan merangkap Ehwal Dalam Negeri)



Mei 2011: Dilantik Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar)



Ogos 2012: Dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar)



April 2015: Dinaikkan pangkat menjadi Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar



Oktober 2015: Dilantik Menteri Sekitaran dan Sumber Air



Mei 2018: Diberi jawatan tambahan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, mengekalkan jawatan Menteri Sekitaran dan Sumber Air



KERJAYA SEKTOR SWASTA



  • Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Global Singtel

  • Naib Presiden (Perniagaan Satelit Serantau/Bimbit) SingTel

  • Pengarah Pemasaran PT Bukaka SingTel International (BSI) di Ujung Pandang, Sulawesi, Indonesia

  • Pengarah Khidmat Pengangkut Antarabangsa di Optus SingTel yang berpangkalan di Sydney, Australia

KELULUSAN



  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kelas Pertama) NTU pada 1988. Mendapat Anugerah Cemerlang Mendaki

  • Sarjana Sains Kejuruteraan NUS pada 1994

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti California Selatan (USC) pada 1995

KERJA KEMASYARAKATAN



  • Memimpin Persatuan Pelajar Agama Dewasa Singapura (Perdaus)

  • Bekas anggota sebuah jawatankuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Sukan (MCDS) yang menghubungkan masyarakat dengan rumah juvenil atau The Link (MCDS Juvenile Homes-Community Link)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >