Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WeWork S’pura beroperasi seperti biasa, tiada pelan kurangkan kakitangan

Nov 07, 2023 | 06:39 PM



Pengendali ruang kerja bersama, WeWork, berkata pada Selasa perniagaannya di Singapura diteruskan seperti biasa, walaupun syarikat yang tersenarai di Amerika Syarikat itu memfailkan pengisytiharan muflis di bawah Bab 11 di Amerika.

Jurucakap syarikat itu memberitahu The Straits Times (ST) bahawa pada masa ini, operasi WeWork di Singapura tidak terjejas kerana perniagaannya di sini bukan sebahagian daripada prosiding muflis syarikat itu di Amerika.


“Semuanya masih sama. Kami masih memajak ruang kami dan menerima anggota (penyewa) baru,” katanya seperti dilapor ST.


Syarikat itu masih mengekalkan apa jua perjanjian yang dipersetujui dan ditandatangani bersama penyewanya, tambahnya.

WeWork turut berkata ia kini “mengambil langkah meyakinkan anggota (penyewa) dan berkomunikasi secara proaktif dengan mereka untuk memastikan perniagaan dapat diteruskan seperti biasa”.

Di samping itu, jurucakap itu menegaskan ia tidak ada rancangan mengurangkan jumlah kakitangan atau memotong gaji pekerjanya di Singapura.

Syarikat WeWork, yang beribu pejabat di New York, mencatat kerugian keseluruhan sebanyak AS$397 juta ($523 juta) pada suku kedua 2023.

Dalam satu kenyataan di Amerika pada Isnin, WeWork berkata ia telah memeterai perjanjian penyusunan semula syarikat itu bersama pemegang kepentingan utama untuk mengurangkan hutangnya secara drastik dan berhasrat memfailkan prosiding muflis di Canada.

Lokasi syarikat itu di luar Amerika dan pemegang francaisnya di seluruh dunia tidak terjejas oleh prosiding ini, tambahnya.

Di Singapura, WeWork memajak 14 lokasi, kebanyakannya di Kawasan Pusat Bandar (CBD).

Ruang terbesarnya di sini terletak di bangunan 21 tingkat di 21 Collyer Quay, dengan keluasan 213,000 kaki persegi yang dipajak daripada CapitaLand Integrated Commercial Trust.

Ia juga memajak ruang di Funan di North Bridge Road, City House di Robinson Road, Suntec Tower 5 dan Mapletree Anson.

Buat masa ini, WeWork tidak ada rancangan menamatkan perjanjian pajakan dengan pemilik tanah di Singapura, kata jurucakap itu.

Bagaimanapun, syarikat itu kini dalam proses merundingkan semula pajakannya di semua lokasi di seluruh dunia, tambahnya.

Kadar penghunian WeWork di Singapura mencapai 82 peratus pada 2022, kata jurucakap itu dalam satu temu bual dengan ST.


WeWork juga menyatakan bilangan pengguna yang memilih model ‘bayaran bagi khidmat yang digunakan’ meningkat dua kali ganda pada suku pertama 2023 berbanding tempoh sama pada 2022.

Pengguna bagi model ‘bayar setiap bulan’ juga meningkat sebanyak 28 peratus pada suku pertama 2023 berbanding tempoh sama pada 2022.

Beberapa penyewa WeWork yang diinterviu oleh ST berkata mereka tidak ada rancangan segera menamatkan pajakan masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >