Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WhatsApp alami gangguan sejagat 2 jam, lebih 20,000 pengguna di S'pura terjejas

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



APLIKASI mesej popular WhatsApp tidak berfungsi lebih dua jam semalam, memaksa pengguna di Singapura dan di seluruh dunia beralih kepada alternatif seperti Telegram.



Gangguan itu menjejas lebih 20,000 pengguna di Singapura, menurut laman web penjejakan gangguan downdetector.com.



Pengguna terjejas tidak dapat menghantar dan menerima mesej pada platform pemesejan milik syarikat Meta itu.



Perkhidmatan kembali beroperasi sekitar 5 petang di Singapura. Jutaan pengguna di seluruh dunia dilaporkan mengalami masalah sama.



Ketika dihubungi, jurucakap syarikat Meta berkata: "Kami tahu orang ramai menghadapi masalah menghantar mesej di WhatsApp hari ini. Kami telah membetulkan isu ini dan memohon maaf bagi sebarang kesulitan."



Bagi seorang pelatih psikologi klinikal, Cik Stephanie Ng, 22 tahun, WhatsApp platform yang digunakannya untuk berhubung dengan ahli terapi di tempat kerjanya.



Apabila platform pemesejan itu tidak berfungsi, beliau sekadar beralih kepada platform saingan Telegram.



"Tidak begitu sukar menggunakan aplikasi lain untuk berkomunikasi. Ia menyusahkan pada mulanya, tetapi ia bukan masalah besar," katanya.



Seorang penganalisis perniagaan dan teknologi, Encik Mohammed Rumman Amin, bimbang tentang ibunya yang berusia 57 tahun, yang bergantung terutamanya pada aplikasi itu untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga.



"Beliau tidak begitu pandai dari segi teknologi, jadi beliau mungkin tidak menyedari bahawa aplikasi itu menghadapi masalah," kata Encik Rumman, 25 tahun.



Pada Oktober 2021, Facebook mengalami gangguan perkhidmatan serupa selama beberapa jam, mengganggu kebanyakan daripada 2.7 bilion pengguna globalnya, termasuk pengguna di WhatsApp. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >