Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WHO pantau variasi Covid-19 baru Arcturus

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) sedang memantau variasi Covid-19 baru, Arcturus, yang menyebabkan kenaikan jumlah kes di India baru-baru ini.



Variasi Omicron XBB.1.16 itu, yang pertama kali dikesan pada lewat Januari, merupakan gabungan dua keturunan varian BA.2 Omicron yang lain.



WHO berkata variasi itu mempunyai satu mutasi tambahan dalam protein pepaku.



Kajian makmal menunjukkan bahawa Arcturus telah meningkatkan jangkitan serta potensi peningkatan patogenik.



Gejala XBB.1.16 dilaporkan sama dengan varian sebelumnya, yang termasuk demam, sesak nafas dan batuk.



Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang dijangkiti juga melaporkan konjunktivitis dan mata melekit.



Kajian oleh Universiti Tokyo menunjukkan bahawa Arcturus adalah hampir 1.2 kali lebih berjangkit daripada XBB.1.5, juga dikenali sebagai Kraken, variasi yang paling berjangkit sehingga kini.



Tetapi, variasi itu tidak dianggap lebih teruk daripada XBB.1.5, lapor akhbar British, The i.



Nama variasi "Arcturus", dipopularkan oleh bekas konvenor Akademi Pediatrik India, Dr Vipin Vashishtha.



Beliau menggunakannya sebagai hashtag dalam satu pos di Twitter pada 17 Mac yang memberi amaran tentang kes baru Covid-19, menurut New Delhi Television.



Variasi itu mengakibatkan lonjakan tiga belas kali ganda dalam kes di India pada Mac.



Peningkatan kes telah menyebabkan negara itu melakukan latihan olokan untuk memeriksa sama ada hospital bersedia untuk menangani peningkatan jumlah kes.



Pada Rabu, terdapat 40,215 kes Covid-19 yang aktif - meningkat sebanyak 3,122 dalam satu hari sahaja, menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India.



Dua negeri di India juga telah memperkenalkan semula pemakaian pelitup di tempat awam ketika kes Covid-19 di India mencapai jumlah mingguan tertinggi dalam tujuh bulan, lapor The Telegraph pada Rabu.



Di negeri utara Haryana, pelitup adalah wajib di tempat awam dan sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >