Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Woodlands, Tuas dijangka sesak Khamis hingga Isnin

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



MEREKA yang ingin menyeberang sempadan ke Malaysia pada hujung minggu Hari Raya ini dinasihatkan supaya menjangka lalu lintas sesak di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas dari Khamis hingga Isnin.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa menasihatkan mereka yang ingin berbuat demikian dengan menaiki bas harus menimbangkan waktu menunggu lebih lama untuk melepaskan imigresen.



Dengan aliran lalu lintas di pusat pemeriksaan kembali ke paras prapandemik pada waktu sibuk, ICA menjangka keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu persis keadaan pada hujung minggu Hari Raya Puasa pada 2018.



Pada tahun itu, lebih 1.5 juta orang menggunakan pusat pemeriksaan darat, iaitu purata 380,000 orang melepasi imigresen purata setiap hari, kata ICA.



Waktu menunggu bagi mereka yang merentas sempadan menerusi kereta adalah sehingga tiga jam.



Terdapat juga kesesakan di pusat pemeriksaan Malaysia hingga menyebabkan kenderaan beratur panjang hingga ke Ekspreswe Seletar menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands dan di Ekspreswe Ayer Rajah menuju ke Pusat Pemeriksaan Tuas.



Baru-baru ini, lebih 235,000 orang menyeberang sempadan menerusi pusat pemeriksaan darat pada 6 April, menjelang hujung minggu Good Friday.



Ia adalah pelepasan imigresen tertinggi sejak sempadan darat dengan Malaysia dibuka semula sekitar setahun lalu.



ICA juga berkata hampir 1.4 juta pelawat melepasi pusat pemeriksaan darat sepanjang cuti hujung minggu panjang dari 6 hingga 9 April.



Bagi mencegah pemandu kenderaan menggunakan lorong motosikal untuk memotong kenderaan yang beratur di jejambat menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, dua laluan di jejambat itu telah dilengkapkan dengan dua garisan putih berterusan, kata ICA pada 4 April.



Kamera penguatkuasaan juga telah dipasang sepanjang jejambat itu untuk mengesan kenderaan yang melanggar peraturan trafik dengan melintasi dua garisan putih itu.



Terdahulu pada Ahad, akhbar Malaysia The Star melaporkan sekitar dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor menerusi Koswe dan Second Link sempena Hari Raya Puasa.



Ia melaporkan keadaan sesak dijangka di 47 lokasi, dan 27 kawasan kemalangan telah dikenal pasti di Johor.



Sekitar 700 pegawai dan kakitangan lalu lintas akan dikerah untuk memantau keadaan di jalan raya utama serata negeri, terutamanya di kawasan kemalangan itu, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >