Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek lancar tiga biasiswa bebas bon lebih $4j

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



TIGA biasiswa bebas bon bernilai lebih $4 juta dalam tempoh lima tahun telah dilancarkan pada Selasa oleh Yayasan Temasek untuk pelajar dari latar belakang berpendapatan rendah, yang keluarga mereka juga akan menerima anugerah pengiktirafan.



Ini akan memberi manfaat kepada 39 pelajar daripada institut pengajian tinggi setiap tahun, atau hampir 200 individu dari 2023 hingga 2027.



Penerima biasiswa yang mendaftar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima $3,000 setiap tahun pengajian, manakala mereka di politeknik dan universiti masing-masing akan menerima $4,000 dan $5,000 setiap tahun.



Setiap keluarga pula akan menerima anugerah pengiktirafan $2,000, yang akan dibayar setiap tahun sepanjang pengajian mereka.



Menurut Yayasan Temasek, ini adalah bagi mengurangkan isu kewangan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah apabila seorang ahli mengambil cuti kerja untuk melanjutkan pelajaran dan bagi mengiktiraf sumbangan ahli keluarga yang menyokong penerima biasiswa tersebut.



Untuk layak menerima biasiswa, pemohon harus merupakan warga Singapura yang mempunyai pendapatan isi rumah per kapita kurang $1,875 sebulan. Permohonan dibuka pada Selasa, dengan kumpulan pertama penerima dijangka diberikan pada 2023.



Yayasan Temasek merupakan badan tidak meraih untung di bawah cabang dermawan syarikat pelaburan Singapura, Temasek.



Setiap biasiswa itu dinamakan bagi memperingati beberapa penggiat kesatuan sekerja: Encik G. Muthukumarasamy, Encik R.K.S Nachiappan dan Encik Nithiah Nandan Arumugam.



Ketua program Yayasan Temasek, Encik Lim Hock Chuan, berkata: "Biasiswa ini bertujuan untuk memberi penerima rangsangan tambahan dalam perjalanan pendidikan supaya mereka dapat merealisasikan potensi penuh mereka.



"Individu yang berasal dari latar belakang berpendapatan rendah mungkin menghadapi lebih banyak halangan untuk melanjutkan pelajaran dan peningkatan kemahiran disebabkan tekanan kewangan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >