Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek bantu pelajar ITE tangani kos sara hidup

Nov 01, 2022 | 07:42 AM



SEPANJANG dua tahun pertama di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Encik Al-fian Al-lamin, 20 tahun, hanya minum air untuk mengisi perut kerana bimbang tentang isu kewangan di rumah.



Tetapi geran baru daripada Yayasan Temasek untuk membantu pelajar ITE berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat bermakna beliau kini dapat mengisi perut selain membantu beliau dengan perbelanjaan lain seperti kos pengangkutan.



Badan amal itu mengikrarkan lebih $3.7 juta bagi membiayai tiga skim sokongan untuk pelajar ITE sebagai tambahan kepada $3.2 juta yang diberikan tahun ini untuk membantu pelajar yang terjejas oleh pandemik Covid-19.



Geran itu akan menyokong Skim Bantuan Kewangan Bulanan, yang membantu sehingga 2,440 pelajar serta Skim Bantuan Kewangan Tambahan sebanyak $562,500 bagi membantu sehingga 1,875 pelajar.



Ia juga akan membantu 2,020 pelajar di bawah Skim Bantuan Pelajar Khas dan 500 pelajar lagi dengan kos komputer riba mereka.



Encik Al-fian, pelajar jurusan sukan sains, yang juga bekas pemain bola sepak profesional dalam Liga Perdana Singapura, berhempas pulas dari segi kewangan kerana kedua ibu bapanya tidak bekerja.



Beliau kini menerima $150 sebulan dari Oktober 2022 hingga Mac 2023 di bawah Skim Bantuan Kewangan Bulanan.



Bapanya, 68 tahun, pernah menjalankan perniagaan di rumah menjual kuih tetapi terpaksa berhenti kerana kesihatan tidak mengizinkan.



Ibunya, 60 tahun, seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai tiga adik-beradik yang berusia 17, 18 dan 19 tahun, yang semuanya masih bersekolah.



Encik Al-fian berkata: "Semasa saya bermain bola sepak, saya akan memberi sebahagian besar gaji saya, iaitu antara $650 dengan $750, kepada ibu bapa untuk membantu kerana bapa saya mengalami penyakit kronik dan salah satu kakinya kodong."



Beliau bermain untuk pasukan seperti Tampines Rovers, Warriors FC dan Tanjong Pagar United sehingga 2020.



Pembiayaan daripada Yayasan Temasek akan membantu meringankan beban kewangannya, kata beliau.



Encik Al-fian juga menerima bantuan sekali sebanyak $200 daripada Skim Bantuan Pelajar Khas.



Beliau kini mengikuti kursus Nitec Lanjutan dalam Pengurusan Sukan dan melatih kanak-kanak sebagai pekerjaan sambilannya dengan harapan untuk mengikuti bidang kejurulatihan sebagai kerjaya.



Ini supaya beliau layak bagi kursus diploma di Politeknik Republic apabila beliau tamat pengajian di ITE.



Geran Yayasan Temasek itu juga akan membantu pelajar Aeroangkasa Avionik, Encik Philip De Kretser, 17 tahun.



Beliau tidak lagi perlu bekerja pada hujung minggu.



Philip, yang merupakan salah satu daripada kembar tiga yang belajar di ITE, bekerja di kafe Coffee Bean & Tea Leaf pada hari Sabtu untuk mendapatkan wang saku kerana ibu bapanya tidak bekerja.



Beliau juga menerima dana yang sama seperti Encik Al-fian. Pelajar tahun pertama itu, yang berazam untuk menjadi juruterbang jet pejuang berkata:



"Pembiayaan itu membuat saya berasa seperti saya boleh berbelanja dengan lebih selesa dan saya rasa selamat - seperti ada jaringan keselamatan untuk saya.



"Program seperti ini memberi inspirasi kepada pelajar untuk pergi lebih jauh kerana mereka rasa seperti ada sokongan untuk diteruskan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >