Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung perjelas sebab kadar vaksin bivalen rendah kalangan warga emas

Ada yang mungkin tunggu 3 bulan selepas dijangkiti Covid-19; 386,000 telah dapatkan satu suntikan vaksin bivalen sejauh ini
Dec 13, 2022 | 04:19 PM



KURANGNYA kadar pengambilan minimum vaksinasi Covid-19 dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin ada kaitan dengan jumlah jangkitan tinggi sebelum ini di mana pesakit menanti tiga bulan sebelum mengambil suntikan selanjutnya, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Dianggarkan sekitar 60 peratus warga senja telah mengemas kini vaksinasi mereka bulan lalu, kurang daripada kadar nasional sekitar 65 peratus yang telah berbuat demikian.



Memberikan perangkaan terkininya sejak vaksin Moderna/Spikevac bivalen diperkenalkan pada 14 Oktober lalu, Encik Ong berkata kadar pengambilannya agak stabil dengan sekitar 386,000 orang telah mengambil satu suntikan vaksin tersebut.



Dianggarkan sekitar 10,000 suntikan diberi setiap hari, kata beliau.



"Baru-baru ini ramai orang yang dijangkiti dan mereka menanti sehingga tiga bulan sebelum mengambil suntikan selanjut mereka.



"Ini mungkin sebab mengapa angka vaksinasi yang dikemas kini tidak begitu tinggi," jelasnya.



Angka tersebut dikongsi sedang versi vaksin Covid-19 bivalen Pfizer-BioNTech Comirnaty mula diperkenalkan semalam bagi mereka yang berusia 12 tahun ke atas.



Ia akan dilakukan di kesemua lokasi vaksinasi Pfizer-BioNTech/Comirnaty.



Sebelum ini hanya vaksin bivalen Moderna/Spikevac yang disediakan.



Ini menyusuli saranan Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 (EC19V) untuk beralih kepada vaksin bivalen Pfizer-BioNTech/Comirnaty daripada vaksin monovalen.



Vaksin bivalen mampu menawarkan perlindungan terhadap virus asal Sars-CoV-2, serta varian Omicron.



Pengenalan satu lagi jenis vaksin mungkin menggalak lebih ramai orang untuk tampil dapatkan suntikan penggalak mereka, kata Encik Ong semasa melawat Kelab Masyarakat (CC) Hong Kah North di mana sebuah Pasukan Vaksinasi Bergerak (MVT) telah dikerah.



Sebanyak lima MVT akan ditempatkan di lima kawasan berasingan sepanjang bulan ini.



Selain CC Hong Kah North, tempat-tempat lain termasuk CC Leng Kee; Jawatankuasa Penduduk (RC) Bukit Panjang Zon 3; CC Teck Ghee; dan RC Potong Pasir Zon 3.



Bulan depan tiga lagi kawasan di mana MVT akan ditempatkan termasuk di CC Kampong Chai Chee; CC Toa Payoh Central; dan CC Chua Chu Kang.



Kehadiran MVT penting dalam mendekatkan lagi vaksinasi kepada warga senja.



PanCare Medical Clinic yang mengendalikan MVT di CC Hong Kah menganggarkan ia boleh memberi vaksinasi kepada sekitar 80 hingga 150 orang sehari.



Encik Ong berkata dianggar terdapat sekitar 70 kematian atau kes-kes unit jagaan rapi (ICU) bagi setiap 10,000 jangkitan tanpa perlindungan minimum, berlaku dalam kalangan mereka berusia 70 tahun ke atas.



Angka ini agak banyak berbanding lima kematian atau kes ICU bagi setiap 10,000 jangkitan dalam kalangan penduduk awam.



"Penekanannya masih untuk dapatkan warga senja mengemas kini vaksinasi masing-masing," tambah Encik Ong.



Pada 7 Disember lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata sekitar sembilan dalam 10 warga senja berusia 60 tahun mempunyai perlindungan minimum, dan enam dalam 10 telah mengemas kini vaksinasi Covid-19 mereka.



Namun masih terdapat sekitar 40,000 warga senja yang layak yang belum mencapai perlindungan minimum menentang Covid-19.



Meskipun begitu, situasi pandemik di sini dianggap "tenang dan stabil" dengan angka kesnya rendah.



Sehingga petang Ahad lalu, dianggar kadar kes baru sepanjang tujuh hari adalah sebanyak 1,031 kes.



Terdapat 101 pesakit Covid-19 di hospital dengan 11 memerlukan bantuan oksigen dan enam di ICU.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >