Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: SG cadang tambah jumlah jururawat amalan lanjutan

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA menyasarkan untuk menambah jumlah jururawat amalan lanjutan (APN) yang boleh memberikan peskripsi ubat kepada pesakit kepada 700 berbanding 57 sekarang, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung semasa majlis Anugerah Merit Jururawat semalam.



Acara tahun ini, yang diadakan secara alam maya, memberi pengiktirafan kepada 125 jururawat- jumlah tertinggi sejauh ini.



Mereka yang ingin menjadi APN- jururawat kanan yang biasanya mempunyai sarjana dan boleh memainkan peranan lebih besar dalam diagnosis dan rawatan- akan menerima sokongan melalui program bekerja sambil belajar dan dibimbing jururawat yang lebih berpengalaman.



Program bekerja sambil belajar APN baru yang bersepadu itu akan memberi pendedahan kepada siswazah Sarjana Kejururawatan terhadap bidang latihan klinikal masing-masing lebih awal lagi, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam program baru ini, APN yang sedang menjalani latihan akan dilatih untuk melakukan tugas-tugas utama yang boleh mereka laksanakan sebaik mereka menunjukkan keupayaan yang cukup di tempat kerja.



Penilaian di tempat kerja juga akan menyumbang kepada pensijilan APN mereka.



Mereka yang bekerja sambil belajar dan menunjukkan prestasi yang baik juga boleh mendaftar dalam program yang memberi mereka lesen untuk memberikan peskripsi ubat kepada pesakit dalam skop peranan mereka, tambah MOH.



Sehingga Mei tahun ini terdapat seramai 294 APN, 57 daripada mereka diberi hak untuk memberikan peskripsi ubat, kata Encik Ong dalam video ucapannya yang dimainkan semasa acara itu.



Untuk menambah jumlah APN di Singapura, MOH telah memperuntukkan 180 APN berpengalaman untuk menjadi jurulatih dan penyelia bagi pelajar dan mereka yang pekerja sambil belajar di bawah program Sarjana Kejururawatan bermula Mei.



Secara tradisional, hanya doktor yang melatih APN di sekolah, kata MOH.



"Untuk memperluas bakat yang disalurkan kepada APN, kita tidak boleh hanya bergantung kepada rakan sekerja kita dalam perubatan untuk mengajar dan melatih," kata Encik Ong.



Untuk memenuhi keperluan masyarakat yang semakin tua, Encik Ong juga mengumumkan bahawa garis pandu bagi bidang kejururawatan geriatrik dan rawatan paliatif kini dalam perancangan.



Garis pandu ini, atau rangka kerja keupayaan, menyusuli yang pertama dikeluarkan berkaitan kejururawatan masyarakat yang dilancarkan tahun lalu.



"Meskipun tugas dalam bidang kejururawatan ini sudah melihat banyak kemajuan, kami komited untuk terus mengembangkan kerjaya ini," kata Encik Ong.



Encik Ong turut menyampaikan penghargaannya kepada semua jururawat di barisan hadapan dalam menghadapi pandemik Covid-19.



"Saya percaya ada penghormatan yang lebih tinggi sekarang untuk jururawat disebabkan krisis yang sedang dilalui negara," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >