Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran poly, ITE bagi warga SG naik; Higher Nitec tidak berubah

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



YURAN pengajian untuk pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Nitec warga Singapura akan meningkat bagi kumpulan pelajar yang akan menyertai institusi itu tahun ini, menurut laman web institusi itu.



Namun, yuran untuk pelajar warga Singapura yang menyertai kursus Higher Nitec selama dua tahun tidak berubah.



Ini adalah kenaikan pertama bagi yuran pelajar politeknik Singapura sejak 2019. Kenaikan dua tahun lalu hanya melibatkan pelajar asing.



Semua kenaikan yuran pengajian hanya menjejas pelajar yang masuk pada tahun akademik baru dan bukannya pelajar yang telah mendaftar.



Tahun persekolahan politeknik bermula pada bulan April manakala ITE mempunyai dua kemasukan pelajar iaitu pada bulan ini dan April.



Rakyat Singapura yang menyertai lima politeknik di sini akan membayar yuran pengajian tahunan sebanyak $3,000, meningkat daripada $2,900. Kenaikan yuran pengajian terakhir pada 2019 juga ialah $100.



Penduduk tetap (PR) akan membayar tambahan $200 kerana yuran pengajian mereka meningkat kepada $6,200, manakala yuran untuk pelajar antarabangsa akan meningkat sebanyak $400 kepada $11,400.



Pelajar Singapura baru yang mengambil diploma Nitec perlu membayar yuran pengajian tahunan sebanyak $430, meningkat daripada $410.



PR akan membayar $300 lebih tinggu, kerana yuran tahunan mereka meningkat kepada $5,850. Pelajar antarabangsa akan melihat peningkatan $900 kepada $16,350.



Yuran pengajian tahunan bagi pelajar Higher Nitec yang mengikuti program dua tahun itu akan kekal pada $590, $7,760 dan $20,360 masing-masing untuk warga Singapura, PR dan pelajar antarabangsa.



Seorang jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE) memberitahu The Straits Times (ST) bahawa pemerintah menawarkan subsidi yang banyak bagi pendidikan politeknik dan ITE, masing-masing kira-kira 85 peratus dan lebih 90 peratus, untuk pelajar Singapura.



"Institusi menghadapi tekanan kos yang semakin meningkat dalam penyediaan pendidikan bermutu.



"Oleh itu, yuran pengajian bersubsidi disemak setiap tahun dan disesuaikan di mana perlu untuk membiayai kos pendidikan di institusi-institusi ini, dengan mengambil kira faktor-faktor seperti keperluan untuk penyesuaian inflasi, dan membolehkan institusi kita melabur untuk membangunkan keupayaan agar terus menyediakan pendidikan bermutu tinggi," kata jurucakap itu.



Walaupun terdapat kenaikan yuran bagi tahun akademik tahun ini, pemerintah komited untuk memastikan tiada warga tempatan yang dinafikan pendidikan di politeknik tempatan atau ITE kerana masalah kewangan, kata jurucakap itu.



Beliau menambah bahawa terdapat pelbagai skim bantuan kewangan untuk menyokong pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana, seperti dermasiswa atau pinjaman pemerintah.



Institusi juga menyediakan sokongan kewangan tambahan jika diperlukan. Ini membantu pembayaran yuran pengajian dan membiayai kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >