Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yusnor Ef antara penerima anugerah Hari Kebangsaan

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



PENGGUBAH lirik veteran, Encik Yusnor Ef menerima Pingat Bintang Bakti Masyarakat (BBM) daripada Presiden Halimah Yacob semasa Upacara Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Sentral semalam.



Encik Yusnor atau nama penuhnya Encik Mohamed Noor Mohamed Yusofe, 85 tahun, merupakan Presiden Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus).



Sebelum ini, Encik Yusnor juga menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup oleh Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) dan Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat diberikan Berita Harian (BH) tahun ini.



Beliau telah menyumbang dalam bidang seni dengan penulisan lirik bagi pelbagai lagu daripada lagu kanak-kanak, lagu popular yang dinanyi artis terkemuka seperti P Ramlee, Saloma dan Anita Serawak, kepada lagu semangat kewarganegaraan sejak era 50-an.



Bintang BBM diperkenal pada 1963 itu yang diterima Encik Yusnor mengiktiraf seseorang individu yang telah berbakti dengan sumbangan bernilai kepada rakyat Singapura atau telah mencapai kecemerlangan dalam bidang seni dan persuratan, sukan, sains, perniagaan, kerjaya tertentu dan pergerakan buruh.



Turut menerima anugerah yang sama semalam ialah anggota lembaga agensi air negara PUB, Encik Abu Bakar Mohd Nor.



Sementara itu Profesor Tan Chorh Chuan, Ketua Saintis Kesihatan di Kementerian Kesihatan (MOH) dan Pengarah Eksekutif Pejabat MOH bagi Transformasi Penjagaan Kesihatan pula menerima pengiktirafan tertinggi Darjah Utama Bakti Cemerlang.



Beliau antara tiga individu yang menerima pengiktirafan tersebut yang merangkumi Encik Gopinath Pillai, mantan pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Warisan India dan Encik Lee Tzu Yang, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



Beberapa tokoh Melayu lain pula menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM).



Mereka ialah Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali; Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), Encik Abdul Malek Ahmad; dan Presiden Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI), Encik Fahmi Abu Bakar Bafana.



Turut menerima pingat PBM ialah mantan anggota lembaga, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Encik Saat A. Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >