Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy beri anugerah iktiraf profesionalisme pegawai keselamatan

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Keselamatan Singapura (SAS) menyampaikan Pingat untuk Profesionalisme buat julung-julung kalinya tahun ini bagi mengiktiraf pegawai keselamatan yang memaparkan profesionalisme walaupun menghadapi cabaran.



Anugerah itu diberikan kepada tiga penerima oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dalam satu majlis penyampaian sempena Hari Pegawai Keselamatan yang disambut semalam.



Salah seorang penerima anugerah tersebut ialah Encik Neo Ah Whatt, yang memaparkan profesionalisme ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Red Swastika walaupun dicederakan oleh seorang lelaki yang berkeras mahu memasuki pekarangan sekolah itu dengan keretanya.



Seorang lagi penerima ialah Encik Sures Perumal, yang terus bersikap profesional walaupun ditumbuk dan ditolak seorang lelaki selepas beliau menasihatkan lelaki itu agar memakai pelitup sebelum memasuki pasar raya Giant di Tampines Retail Park.



Penerima ketiga ialah Encik Pravin Manimaran, yang mempamerkan kewibawaan apabila beliau menolak dua tawaran rasuah dan ganjaran wang tunai.



"Saya berbesar hati dengan pengenalan Pingat untuk Profesionalisme baru oleh SAS, untuk menunjukkan penghargaan kami terhadap anggota keselamatan yang terus melaksanakan tugas mereka dengan penuh profesionalisme walaupun berdepan dengan penganiayaan.



"Saya ingin memuji penerima anugerah tahun ini. Dalam menghadapi penganiayaan atau percubaan rasuah oleh orang awam, pegawai-pegawai kekal tenang dan menjalankan tugas mereka secara profesional dan berintegriti," kata Encik Zaqy dalam ucapannya dalam majlis tersebut.



Sejumlah 646 anugerah diberikan tahun ini, terdiri daripada 590 Anugerah Pegawai Keselamatan Cemerlang Gabkotech, 51 Anugerah Reka Bentuk Semula Kerja, dua anugerah Pegawai Keselamatan Terbaik dan tiga Pingat untuk Profesionalisme.



Encik Zaqy berkata gangguan dan penganiayaan terhadap pegawai keselamatan adalah sesuatu yang serius dan Akta Industri Keselamatan Swasta (PSIA) telah dipinda Oktober lalu untuk memberi perlindungan yang dipertingkatkan kepada pegawai.



"Di bawah akta itu, kami telah memperkenalkan penalti yang dipertingkatkan bagi kesalahan oleh orang yang mengganggu atau menganiaya pegawai keselamatan kami semasa mereka menjalankan tugas mereka.



"Apabila kejadian ini berlaku, pegawai digalakkan untuk melaporkan kejadian itu kepada penyelia mereka atau polis dengan segera," kata Encik Zaqy.




"Di bawah akta itu, kami telah memperkenalkan penalti yang dipertingkatkan bagi kesalahan oleh orang yang mengganggu atau menganiaya pegawai keselamatan kami semasa mereka menjalankan tugas mereka.

Apabila kejadian ini berlaku, pegawai digalakkan untuk melaporkan kejadian itu kepada penyelia mereka atau polis dengan segera."

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad mengenai perlindungan yang dipertingkatkan kepada pegawai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >