Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy hadiri pameran pertahanan dan keselamatan di London

Sep 14, 2023 | 04:12 PM



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad melawat Britain dari 11 hingga 14 September 2023 atas satu urusan kerja.

Semasa di sana, Encik Zaqy menghadiri Pameran Antarabangsa Pertahanan dan Kelengkapan Keselamatan (DSEI) 2023 di London pada Selasa.

DSEI tahun ini menekankan penyepaduan keupayaan merentas kawasan udara, darat, laut dan siber serta berperanan sebagai wadah untuk menghimpunkan komuniti pertahanan dan keselamatan antarabangsa.

DSEI dihadiri pegawai kerajaan dan pertahanan, pemimpin perniagaan dan industri dari seluruh dunia.

Sebagai sebahagian dari program lawatannya, Encik Zaqy juga bertemu dengan Menteri Negara bagi Tentera Berpasukan Britain, Encik James Heappey, pada Rabu semasa lawatannya ke Tentera Udara Diraja (RAF) Wyton di Cambridgeshire, England.

Kedua-dua Menteri menegaskan semula kerjasama erat antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Tentera British. Mereka juga membincangkan cara untuk meningkatkan lagi kerjasama pertahanan dua hala dalam beberapa bidang minat yang dikongsi, selaras dengan Deklarasi Bersama baru-baru ini mengenai Perkongsian Strategik antara United Kingdom (UK) dengan Singapura.

Lawatan Encik Zaqy ke UK menekankan hubungan pertahanan dua hala yang baik dan lama antara Singapura dengan UK, disokong oleh Memorandum Persefahaman 2018 tentang kerjasama pertahanan.

Kedua-dua negara bekerjasama di Lima Susunan Kuasa Pertahanan atau ‘Five Power Defence Arrangements’ dan berinteraksi merentasi pelbagai aktiviti termasuk latihan dan pertukaran ketenteraan, dialog dan kehadiran silang kursus.

Interaksi seperti ini mengukuhkan persefahaman bersama dan hubungan profesional antara kedua-dua angkatan bersenjata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >