Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy iktiraf usaha kuil bantu warga, pekerja migran di Marsiling

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



SAMBUTAN Deepavali di kuil Sri Siva-Krishna di Marsiling semalam, memaparkan sifat inklusif masyarakat Singapura dengan membuka pintunya serta menyediakan kemudahan baru yang terbuka kepada pekerja migran dan juga masyarakat berbilang bangsa.



Demikian diucapkan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad semasa lawatannya di kuil berkenaan pagi semalam.



Beliau telah melawat seksyen baru kuil yang berusia hampir 40 tahun itu yang menawarkan dewan acara serta beberapa bilik kelas yang dijangka menawarkan kelas-kelas pembelajaran, muzik, tarian, yoga, sesi kaunseling kesihatan mental dan nasihat perundangan kepada semua lapisan masyarakat di situ, selain menyediakan kelas-kelas agama bagi penganutnya.



Encik Zaqy berkata sambutan di kuil terletak di Marsiling Rise itu memaparkan nilai inlusif yang mana relawan tempatan juga bekerjasama dengan relawan pekerja migran untuk menjadikan tempat itu lebih menarik serta merayakan Deepavali dengan meriah.



"Kami ada ramai pekerja asing yang tinggal di dormitori berdekatan dan ia sangat menggembirakan untuk melihat komuniti ini menyambut deepavali bersama-sama seolah kami adalah satu keluarga," katanya sambil menyentuh tentang langkah pengurusan selamat yang lebih longgar bagi pekerja berkenaan tahun ini berbanding tahun lalu.



Pekerja penghantaran dari India, seperti Encik Subbiah Ramesh, 33 tahun yang berada di kuil itu semalam, berkata beliau amat berbesar hati dapat melaksanakan tugasnya sebagai relawan.



Beliau yang menyewa sebuah flat bersama beberapa rakan kerjanya hadir di kuil itu untuk membantu dalam memastikan setiap pengunjung mendaftar masuk menerusi SafeEntry dan juga membantu di dapur selain menyertai upacara sembahyang sambutan Deepavali itu.



"Saya memang gemar membantu pengikut (kuil) lain yang datang kemari dan juga membantu mereka untuk sembahyang di sini dan dengan adanya lebih kelas yang diadakan di kuil ini saya tidak sabar mengabiskan lebih masa di sini."



Menurutnya, pekerja penghantaran seperti beliau tidak pula terjejas seperti pekerja migran di dormitori.



Penduduk Woodlands Encik Gurusamy Permalo, 50 tahun pula berkata: "Anda boleh lihat, jawatankuasa kuil ini telah bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk sambutan ini dan juga bagi masyarakat di sini buat masa hadapan dengan adanya lebih banyak kegiatan dan kemudaha buat mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >